PM Harap Gencatan Senjata Gaza Dipatuhi, Malaysia Sokong Pemulihan

MALAYSIA sambut baik perjanjian gencatan senjata ini sebagai langkah ke arah keamanan dan pemulihan Gaza susulan perkembangan terbaharu perjanjian genjatan senjata Israel dan Hamad.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas, yang dijadualkan berkuat kuasa pada Ahad, akan dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak.

Beliau berkata, gencatan senjata itu memberi kelegaan kepada rakyat Gaza yang telah menanggung penderitaan besar akibat konflik berpanjangan di wilayah itu.

“Komuniti antarabangsa mesti memastikan perjanjian ini dipatuhi dan digunakan sebagai langkah awal ke arah rundingan fasa seterusnya untuk mencapai keamanan yang berkekalan serta pembinaan semula Gaza,” katanya dalam satu kenyataan.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Mesir, Qatar, dan Amerika Syarikat yang memainkan peranan penting sebagai perantara dalam usaha mencapai perjanjian ini.

Beliau turut memuji bakal Presiden Amerika Syarikat yang Donald Trump, atas usaha beliau merealisasikan rundingan tersebut.

Perjanjian gencatan senjata ini tercapai selepas usaha diplomasi intensif yang dimediasi oleh Mesir, Qatar, dan Amerika Syarikat.

Konflik terkini di Gaza telah menyaksikan kemusnahan besar-besaran dengan lebih 46,700 nyawa rakyat Palestin terkorban, sementara lebih dua juta orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Konflik ini mencetuskan kecaman global terhadap tindakan Israel yang dikritik kerana serangan tanpa belas kasihan di kawasan padat penduduk, sementara Hamas terus melancarkan roket sebagai tindak balas.

Gencatan senjata ini diharapkan menjadi titik permulaan kepada rundingan lebih mendalam untuk mencapai keamanan yang berkekalan.

Konflik terkini di Gaza telah meragut lebih 46,700 nyawa rakyat Palestin dan menyebabkan lebih dua juta penduduk kehilangan tempat tinggal.

Serangan tanpa henti di kawasan padat penduduk telah mencetuskan kecaman global terhadap tindakan Israel, sementara Hamas melancarkan serangan balas dengan roket.

Perjanjian gencatan senjata ini dianggap sebagai langkah kritikal untuk menghentikan keganasan dan memberikan ruang kepada usaha pemulihan di Gaza.

Kerjasama Malaysia dan Jepun untuk Pemulihan Gaza

Sebagai langkah susulan, Anwar yang juga Pengerusi ASEAN berkata Malaysia akan turut serta memainkan peranan memberi sumbagan dalam membantu pemulihan semula wilayah Gaza.

Anwar berkata akan menghubungi Perdana Menteri Jepun, Shiger Ishiba, untuk mempercepatkan pelaksanaan pelan pembinaan semula Palestin yang telah dipersetujui semasa lawatan Ishiba ke Malaysia baru-baru ini.

“Kerjasama dan sokongan daripada rakan-rakan di Asia Timur seperti Jepun amat penting bagi memastikan pemulihan Gaza dapat dilaksanakan dengan pantas dan berkesan,” katanya.

Keadilan dan Masa Depan Palestin

Anwar turut menegaskan bahawa kehilangan puluhan ribu nyawa dan pengusiran berjuta-juta rakyat Palestin tidak boleh dilupakan.

Beliau menyeru agar keadilan dan akauntabiliti terhadap tindakan sepanjang konflik ini diberi perhatian serius.

“Gencatan senjata ini mesti menjadi asas kepada usaha mewujudkan sebuah negara Palestin yang berdaulat, merdeka, dan mampan.

“Keamanan yang adil dan berkekalan hanya boleh dicapai dengan menangani punca sebenar konflik ini,” katanya.

Sebagai pemimpin yang lantang menyuarakan isu Palestin, Anwar kerap menyampaikan isu ini dalam persidangan dunia seperti OIC, ASEAN, dan forum lain, menyeru masyarakat antarabangsa agar bersatu menentang kezaliman.

Beliau juga telah menganjurkan resolusi bersama dalam kalangan negara ASEAN untuk mendesak Israel menghentikan kekerasan terhadap rakyat Palestin.

Post a Comment

Previous Post Next Post