KEPIMPINAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, terutama kejayaannya dalam menstabilkan landskap politik Malaysia, menjadi faktor penting dalam menarik pelaburan antarabangsa termasuk daripada Abu Dhabi Investment Authority (ADIA).
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai pencapaian Malaysia meningkatkan lagi pelaburan daripada Abu Dhabi Investment Authority (ADIA), salah satu dana kekayaan berdaulat terbesar di dunia.
Perkembangan itu dikongsi oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, menerusi media sosialnya.
Menurut Tengku Zafrul, komitmen ADIA dizahirkan menerusi satu pertemuan Anwar bersama kepimpinan tertinggi entiti itu iaitu Pengarah Urusan ADIA, Sheikh Hamed Zayed Al Nahyan serta barisan kepimpinan lain seperti Khalil Foulathi dan Mohamed Al Ameri.
Tengku Zafrul yang turut hadir dalam pertemuan itu berkata, menerusi perbincangan bersama ADIA, mereka menyatakan komitmen untuk terus mempertingkatkan dan memberi tumpuan utama dalam mencipta nilai yang lebih besar bagi memastikan kejayaan pelaburan-pelaburan di Malaysia dalam pelbagai sektor, termasuk dalam transformasi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Peranan ADIA dalam Ekonomi Global dan Malaysia
Mengulas mengenai kepentingan pelaburan itu kepada ekonomi Malaysia, Azmi berkata ia sangat signifikan, terutama kerana ADIA mewakili dana kekayaan minyak Abu Dhabi.
Beliau menyifatkan lawatan khusus di UAE itu sebagai langkah strategik yang dilakukan oleh Anwar.
“ADIA dianggap sebagai sebuah dana kekayaan berdaulat (sovereign wealth fund) yang sangat penting, fungsinya serupa dengan Khazanah Nasional di Malaysia untuk memberikan manfaat ekonomi jangka panjang kepada negara tersebut.
“Mereka adalah salah satu dana kekayaan berdaulat terbesar di dunia. Pelaburan mereka di Malaysia sangat penting kerana mereka memiliki sumber kewangan yang besar dan fokus kepada pelaburan jangka panjang, bukan hanya jangka pendek.
“Sebagai contoh, pelaburan dalam sektor minyak seperti yang dilakukan oleh Arab Saudi di Pengerang.
“Anwar ternyata membuat langkah strategik dalam mengadakan pertemuan khusus dengan pihak pengurusan tertinggi ADIA untuk meyakinkan mereka melabur lebih banyak di Malaysia,” katanya.
ADIA yang ditubuhkan pada tahun 1976, dikatakan memiliki dana kekayaan terbesar di dunia dengan aset dianggarkan melebihi US$1 trilion.
ADIA dikenali sebagai pelabur global berimpak tinggi dan mempunyai peranan penting dalam sektor infrastruktur, kesihatan, dan tenaga.
Katanya, antara pelaburan utama ADIA di peringkat antarabangsa termasuk lapangan terbang di United Kingdom dan Perancis, Pelabuhan Khalifa di Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta projek infrastruktur logistik di India dan tenaga di Amerika Syarikat.
Di Malaysia, entiti pelaburan itu menyumbang pelbagai pelaburan dan antaranya adalah peranan mereka bekerjasama dengan Global Infrastructure Partners (GIP) dalam usaha penswastaan MAHB.
Hubungan Strategik Anwar dengan Dunia Arab
Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr. Mazlan Ali, turut senada berkata hubungan baik Anwar dengan pemimpin Arab telah memainkan peranan penting dalam menarik pelaburan ADIA.
“Anwar dikenali sebagai pemimpin yang memperjuangkan isu-isu dunia Islam sejak zaman mudanya. Ketegasan beliau dalam menyuarakan sokongan terhadap Palestin dan isu-isu negara Islam telah meningkatkan keyakinan dunia Arab terhadap Malaysia,” katanya.
Mazlan juga berkata, dasar luar Malaysia yang bebas menjadikan negara ini rakan strategik yang dipercayai oleh negara-negara Arab.
“Pemimpin Arab melihat Anwar sebagai jurucakap dunia Islam. Dengan hubungan diplomatik yang kukuh, pelaburan dari ADIA menjadi bukti kepercayaan terhadap kepimpinan beliau,” tambah Mazlan.
Beliau seterusnya berkata pelaburan ADIA di Malaysia mencerminkan keyakinan terhadap pentadbiran kerajaan MADANI dan berpotensi memberikan impak ekonomi yang signifikan, termasuk peningkatan peluang pekerjaan dan kemajuan teknologi.
“Ini adalah masa yang tepat untuk Malaysia. Dengan sumber kewangan ADIA yang besar dan komitmennya terhadap pelaburan jangka panjang, negara berada di landasan yang baik untuk mencapai kemakmuran ekonomi,” kata Mazlan.
Pakar geostrategi Profesor Dr. Azmi Hassan berkata pendekatan strategik Anwar, termasuk kemampuannya berunding secara langsung dengan pelabur asing, telah meningkatkan keyakinan terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang stabil.
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Anwar berjaya menstabilkan politik Malaysia.
“Lawatan secara bersemuka ini bukan sahaja menunjukkan kesediaannya untuk menarik pelaburan, tetapi juga menonjolkan keupayaan beliau sebagai pemimpin yang berkarisma dan petah berunding dengan pelabur asing,” katanya kepada EdisiRakyat.

Post a Comment