DALAM usaha memperkukuh hubungan dua hala yang semakin berkembang, Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menandatangani Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-UAE (MY-UAE CEPA).
Perjanjian bersejarah ini berjaya dicapai dalam lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di UAE baru-baru ini. Pencapaian ini menandakan langkah besar dalam memperkukuhkan juga memperluaskan hubungan perdagangan antara Malaysia dan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC), ia sekaligus membuka peluang ekonomi lebih berganda bagi kedua-dua negara.Berikut adalah beberapa perkara utama yang perlu rakyat Malaysia ketahui tentang perjanjian ini:
Apa Itu Perjanjian MY-UAE CEPA?
MY-UAE CEPA adalah perjanjian perdagangan bebas yang pertama antara Malaysia dengan negara GCC yang bertujuan menghapuskan tarif perdagangan pada produk utama. Langkah ini menjadikan eksport Malaysia ke UAE lebih kompetitif, selain mengurangkan sekatan bukan tarif seperti peraturan ketat atau birokrasi yang menyukarkan perdagangan. Perjanjian ini juga mempercepatkan pelaburan dua hala dalam sektor-sektor strategik seperti teknologi, tenaga hijau, keselamatan makanan, dan ekonomi digital.
Mengapa MY–UAE CEPA Penting untuk Malaysia?
UAE, sebagai pusat ekonomi utama di Timur Tengah, membuka pintu kepada pasaran baru yang menjanjikan peluang eksport lebih luas.Umum juga mengetahui UAE antara enam anggota GCC yang mempunyai sumber tenaga dan hasil kekayaan pelaburan yang besar.
Perjanjian ini dijangka membuka akses ke pasaran enam negara GCC termasuk UAE dan Arab Saudi selain produk Malaysia kini dapat memasuki pasaran Afrika Utara, dan Asia Selatan dengan lebih mudah.
Pada 2022, perdagangan Malaysia-UAE berjumlah USD 8 bilion manakala sehingga September 2024, 34 projek pembuatan dengan penyertaan UAE bernilai RM1.49 bilion telah dilaksanakan dan mencipta sejumlah 2,039 peluang pekerjaan di Malaysia.
Dengan adanya perjanjian ini, jumlah tersebut dijangka meningkat sebanyak 60% dalam lima tahun akan datang. Produk utama Malaysia seperti minyak sawit, getah, elektronik, dan produk halal akan mendapat akses lebih luas ke pasaran UAE.
MY-UAE CEPA juga memberi peluang kepada Malaysia untuk menarik pelaburan dari UAE dalam pelbagai sektor strategik. Pelaburan ini dijangka menyumbang kepada sektor-sektor seperti pusat data, kecerdasan buatan (AI), pelabuhan, logistik, keselamatan makanan, pertanian, tenaga hijau, dan teknologi hijau.
Salah satu manfaat besar bagi Malaysia adalah pengukuhan industri halal, di mana ia memberi kelebihan untuk Malaysia mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju global dalam sektor halal, memanfaatkan permintaan besar produk halal di UAE dan rantau GCC.
Peranan Perdana Menteri dalam Kejayaan Ini
Anwar sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi ASEAN, memainkan peranan utama dalam memastikan perjanjian ini dimeterai. Lawatan kerjanya ke UAE memperlihatkan kemampuan Malaysia untuk berunding dan meraih kepercayaan negara maju seperti UAE. Kejayaan ini juga selaras dengan visi Perdana Menteri untuk reformasi ekonomi dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik, seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat dan menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.
Impak kepada Rakyat Malaysia
Kejayaan dalam perjanjian ini memberikan impak besar kepada rakyat Malaysia. Pelaburan dari UAE dijangka akan membuka peluang pekerjaan baru dalam bidang teknologi, logistik, dan perkhidmatan. Selain itu, produk UAE seperti minyak dan bahan mentah mungkin menjadi lebih murah di Malaysia, membantu mengawal kos hidup rakyat.
Usahawan tempatan juga akan mendapat akses kepada pasaran baru di Timur Tengah, meningkatkan peluang untuk menambah pendapatan eksport mereka. Ini memberi peluang yang lebih besar untuk pertumbuhan ekonomi, menjadikan rakyat Malaysia lebih kompetitif di peringkat global.
Dengan MY-UAE CEPA, Malaysia bukan sahaja membuka peluang perdagangan yang lebih luas, tetapi juga mengukuhkan hubungan ekonomi yang lebih kukuh

Post a Comment