Lelaki bakar Al-Quran mati ditembak ketika live di TikTok

SALWAN MOMIKA, seorang pelarian Iraq berusia 38 tahun yang terkenal dengan tindakan biadabnya membakar Al-Quran di Sweden, ditembak mati di rumahnya di Södertälje, Stockholm, pada malam Rabu ketika sedang melakukan siaran langsung di TikTok.

Momika, yang selama ini dengan angkuhnya menghina Islam dan menodai kitab suci Al-Quran, dipercayai ditembak beberapa kali dalam kejadian penuh dramatik. 

Polis menemuinya dalam keadaan kritikal akibat kecederaan tembakan, namun dia akhirnya meninggal dunia di tempat kejadian. 

Lima individu telah ditahan berkaitan insiden ini, dan pihak berkuasa Sweden sedang menyiasat sama ada pembunuhan ini mempunyai kaitan dengan kuasa asing atau pihak yang marah dengan tindakannya.

Momika Mati Ketika Siaran Langsung di TikTok

Ketika saat ditembak, Momika dipercayai sedang melakukan siaran langsung di TikTok. 

Video tersebut menunjukkan dia sedang  berinteraksi dengan penonton sebelum tiba-tiba tembakan dilepaskan, menyebabkan siaran terganggu. 

Polis kemudian mengambil telefonnya dan menamatkan siaran langsung tersebut. Kejadian ini telah mengejutkan dunia, terutama mereka yang mengikuti kontroversinya sebelum ini.

Mahkamah Sepatutnya Memutuskan Hukuman

Momika sepatutnya hadir ke mahkamah pada hari Khamis untuk mendengar keputusan terhadap tuduhan "menghasut kebencian terhadap kumpulan etnik atau nasional" berikutan tindakannya membakar Al-Quran secara terbuka. 

Namun, kematiannya telah menyebabkan mahkamah menangguhkan keputusan tersebut.

Momika, yang sebelum ini mendapat perlindungan di Sweden selepas melarikan diri dari Iraq, telah berkali-kali mencetuskan kemarahan umat Islam dengan aksi provokatifnya membakar Al-Quran di tempat awam. 

Perbuatannya telah mencetuskan rusuhan besar di Sweden sehingga meningkatkan ancaman keselamatan negara tersebut ke tahap kedua tertinggi. 

Bahkan, beberapa negara Islam telah mengutuk perbuatan kejinya dan menggesa tindakan lebih tegas diambil terhadapnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post