Bencana Alam: Tambahan RM25 juta baiki prasarana di Sarawak

KERAJAAN memperuntukan lebih RM25 juta dana tambahan bagi tujuan memperbaiki kerosakan prasarana akibat bencana alam di Sabah dan Sarawak.
 
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan dana tambahan tersebut sebagai cerminan serta kepekaan kerajaan terhadap nasib rakyat ketika berdepan bencana alam.
 

"Bantuan tidak bergantung kepada negeri atau musim tertentu tetapi atas dasar tanggungjawab kerajaan memastikan kebajikan rakyat terbela," katanya ketika berucap pada Majlis Kenduri Rakyat dekat Ipoh, Perak, hari ini.
 
Terdahulu, Anwar turut mengumumkan bantuan tunai RM1,000 kepada mangsa banjir di Sabah dan Sarawak.
 
Bantuan tunai tersebut akan disalurkan secepat mungkin demi meringankan beban buat mereka yang terlibat.
 
Setakat ini, semua jentera dan kakitangan jabatan serta agensi kerajaan telah dikerahkan bagi membantu mangsa banjir di Sabah dan Sarawak.
 
Antara kawasan terlibat banjir di Sawarak termasuk Kuching, Serian, Samarahan dan Miri. Sementara itu di Sabah, antara daerah dilanda bencana banjir termasuk Kota Marudu, Lahad Datu, Kota Belud, Sandakan dan Beaufort.

Post a Comment

Previous Post Next Post