PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia terutama bagi kaum Tionghua.
Menerusi hantaran di media sosial, Anwar berkata sambutan Tahun Baharu Baharu Cina kali ini diharap akan menjadi pemangkin bagi rakyat Malaysia untuk mengukuhkan hubungan baik tanpa mengira kaum.
"…Tahun Baharu ini satu titik permulaan yang baru dan segar untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan demi negara.
Dalam semangat menyambut perayaan besar bagi kaum Cina yakni Tahun Baharu Cina, kita kembali diingatkan oleh Confucius yang menekankan betapa keharmonian menjamin kekuatan.
Lantas, falsafah kenegaraan ini bertepatan dalam menjelmakan sebuah tatanan yang madani, yang menghargai kepelbagaian budaya dan tradisi sambil memupuk perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum," katanya.
Tahun Baharu Cina disambut esok merupakan Tahun Ular Kayu yang membawa harapan baharu. Ia juga menjadi simbolik bagi mengukuhkan persaudaraan.
Selain itu, Tahun Ular Kayu tahun ini adalah tahun kedua dalam kitaran 'feng shui' yang berlaku sekali dalam tempoh 180 tahun, bermula pada 29 Januari.
Post a Comment