Sejarah pengumpulan Al-Quran menjadi Mushaf Utsmani

BAGAIMANA Al-quran boleh menjadi sebuah mushaf pada hari ini sedangkan ia diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun ketika Rasulullah SAW masih hidup?



Sebenarnya setiap ayat yang dibawa oleh malaikat jibril dihafaz oleh Nabi Muhammad SAW, kemudian baru ia dibacakan kepada para sahabat.

TAG

Baginda menghafalnya dengan teliti kerana bimbang jika tertinggal perkataan atau huruf tertentu. Baginda turut mengulangi bacaan ketika solat malam.

Setiap tahun bagi dia memperdengarkan bacaan dan malaikat Jibril AS akan menyemak dan memperbetulkan bacaan baginda dalam bulan Ramadan secara bertadarus.

Pada akhir hayat Nabi Muhammad SAW, malaikat jibril mendengar dan memperbetulkan bacaan Baginda sebanyak dua kali.

Para sahabat pula berusaha bersungguh-sungguh untuk menghafaz, mempelajari, dan memahami Al-quran dengan menjauhi nikmat tidur dan rehat.

Sepertimana Rasulullah SAW, para sahabat juga turut memanfaatkan masa malam mereka untuk memantapkan hafalan dan hafazan masing-masing.


Antara penghafaz al-quran terkenal dikalangan sahabat.

1. Abu Bakar As-siddiq RA
2. Umar bin Al-khattab RA
3. Utsman bin Affan RA
4. Ali bin Abu Talib RA
5. Talhah RA
6. Ibnu Mas'ud RA
7. Huzaifah RA
8. Abu Hurairah RA
9. Ibnu Umar RA
10. Ibnu Abbas RA
11. Aisyah RHA
12. Hafsah RHA
13. Ubai bin Ka'ab RA
14. Mu'az bin jabal RA
15. Zaid bin Tsabit RA
16. Abu Darda' RA
17. Anas bin Malik RA

Penulis wahyu

Pada masa yang sama Rasulullah SAW telah melantik beberapa sahabat sebagai penulis wahyu. mereka menulisnya sebagai salah satu teori pembelajaran berkesan pada setiap kali wahyu turun sebagai tambahan dalam hafalan supaya tidak hilang begitu sahaja. Antara penulis tersebut ialah:

1. Abu Bakar As-siddiq
2. Umar bin al-khattab
3. Utsman bin Affan
4. Ali bin Abu Talib
5. Muawiyah bin Abu Sufian
6. Khalid bin Al-walid
7. Ubay bin ka'ab 
8. Zaid bin Tsabit

Para sahabat ketika itu hanya menulis wahyu di atas permukaan kulit kayu, berbatuan, kulit haiwan dan helaian kain sahaja kerana kertas belum lagi dicipta.


Zaman Khalifah

Pada zaman Abu Bakar RA menjadi khalifah yang pertama, ramai para Hafiz yang mati dalam peperangan Yamamah iaitu seramai hampir 70 orang.

Susulan kejadian itu Umar al-Khatab mencadangkan kepada khalifah Abu Bakar al-siddiq supaya dihimpunkan helaian ayat-ayat al-quran yang ditulis berasingan sebelum ini kerana bimbang akan kehilangannya atas sebab kematian para hafiz.

Pada mulanya Abu Bakar ragu-ragu kerana Rasulullah SAW tidak pernah melakukan perkara itu dan bimbang seandainya berlaku perubahan atau pertukaran ayat Al-quran.

Namun selepas dijalankan perbincangan yang teliti atas alasan dan hujah maslahat dan menyedari bahawa ia adalah satu cara yang paling baik untuk memudahkan menghafaznya serta mengelakkan daripada hilang dan luput, maka Abu Bakar al-siddiq bersetuju untuk mengumpulkan ayat-ayat Al-quran itu.

Beberapa orang tahfiz dan penulis wahyu zaman Rasulullah SAW yang masih hidup telah dipanggil. Antaranya ialah Zaid bin Tsabit, bagi meneruskan usaha penulisan Al-quran.

Al-quran kemudian ditulis oleh Zaid hasil pengumpulan daripada lembaran yang ada dan akhirnya diikat dengan kemas, tersusun turutan ayatnya sebagaimana yang ditetapkan oleh Rasulullah SAW.

Mushaf ini kemudiannya diserahkan kepada khalifah Abu Bakar Al-siddiq. Selepas kewafatan Abu Bakar, mushaf itu telah diserahkan pula kepada Khalifah Umar bin Al-khattab.

Seterusnya selepas Umar Al-Khattab wafat, mashaf itu telah dipindahkan pula ke rumah Hafsah, isteri Rasulullah SAW yang juga merupakan anak Umar alhaddad single saat pengumpulan dan penyusunan Al-quran pada zaman Utsman bin Affan menjadi Khalifah.

Apabila berlaku pertentangan dari sudut bacaan Al-quran, perkara itu akhirnya memaksa Khalifah utsman, bertindak untuk membukukan Al-quran.

Pada waktu itu satu jawatankuasa penyelaras dalam usaha membukukannya telah dibentuk.

Pada peringkat awal, jawatankuasa yang diamanahkan untuk menyelaras Al-quran telah membukukan sebanyak 6 naskah Al-quran iaitu untuk dipegang oleh Khalifah Utsman bin Affan sendiri.

Naskah-naskah tersebut telah dihantar ke beberapa tempat iaitu Kota basrah, Kota Kufah, Kota Syam, Kota Madinah Al-munawwarah, dan Kota Mekah al-Mukarramah.

manakala dua lagi naskhah khas yang disalin terus daripada naskah Khalifah Usman bin Affan kemudiannya telah ditulis untuk disimpan oleh Syeikh Umar Dani dan Syeikh Abu Daud Sulaiman bin Najah.

Dua salinan baharu itu hanya digunakan tatkala timbulnya perselisihan berkenaan teks salinan sebenar kitab suci Al-quran, serta untuk membetulkan keraguan dalam mazhab al-quran enam buah sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, berikutan timbul perbezaan sebutan dan periwayatan imam-imam qiraat.


Mushaf Utsmani

Mushaf Utsmani asli yang dipegang oleh Khalifah utsman bin Affan sendiri, serta dua buah kitab yang disalin daripada yang sebenarnya ditulis dan disalin mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat, mengikut bacaan Nabi Muhammad SAW selaku seorang yang berbangsa Arab Quraisy.

Ini dapat dibuktikan dengan penulisan dan pembarisan ayat-ayat al-quran mushaf utsmani itu sendiri yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman bin Mughirah Al-Asadi Al-Kufi menurut bacaan Asim bin Abi Najud al-Kufi at-taabie daripada Abu Abd Ar-Rahman Abdillah bin Habibi Sulami daripada Usman bin Affan RA, Ali bin Abu Talib, Zaid bin Tsabit dan Ubai bin ka'ab, dan akhirnya daripada Muhammad bin Abdullah (Rasulullah SAW).

Maka terhasillah Mushaf Utsmani hasil gabungan tenaga oleh Zaid bin Tsabit sebagai ketua, Abdullah bin Zubair, Said bin Ash, dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam.

Mushaf Uthmani itu bertebaran ke seluruh dunia dan menjadi panduan umat Islam yang paling utama sampai ke hari ini. — EdisiRakyat.com, 6 Januari 2021

Post a Comment

Previous Post Next Post