Para saintis ini mati kebuluran walau dikelilingi makanan

DALAM perang dunia kedua, berlaku kejadian menyayat hati di Leningrad (kini dikenali sebagai Saint Petersburg, Rusia). Ketika bandar itu dikepung oleh tentera Nazi, Jerman, sekumpulan para saintis telah mati kebuluran meskipun berada dalam bilik yang penuh bijiran dan dikelilingi makanan.

$ads={1}

Kejadian itu kedengaran aneh bukan? Sebelum kita mengikuti kisah bagaimana sekumpulan saintis itu sanggup mati kebuluran meskipun dikelilingi dengan makanan, kita perlu memahami bagaimana keadaan pada masa itu.

Mayat bergelimpangan
Mayat bergelimpangan di tepi-tepi jalan.


Peristiwa pengepungan Leningrad (Leningrad Siege) selama 872 hari itu dianggap operasi ketenteraan paling mengerikan dalam sejarah perang moden. 

Jumlah korban dianggarkan hampir 3 juta orang. Jika dibuat perbandingan, jumlah itu jauh lebih tinggi walaupun kita campurkan semua angka kematian yang direkodkan dalam peristiwa pengeboman di Hamburg, Dresden, Hiroshima dan Nagasaki.

$ads={2}

Rancangan jahat Hitler adalah untuk menyekat semua laluan ke bandar itu yang mempunyai lebih tiga juta orang penduduk, supaya bekalan makanan terputus dan orang awam dibiarkan terkapai-kapai berdepan takdir sebelum kematian menjemput mereka.

Cari makanan
Wanita mencari apa sahaja untuk dimakan

"Leningrad mesti mati kebuluran!" kata Hitler dalam satu ucapan yang disampaikannya di Munich Jerman pada 8 November 1941.

Pada musim sejuk berikutnya, ribuan orang telah mati kebuluran. Sebilangan mereka cuba meneruskan hidup dengan menelan habuk kayu, manakala yang lain mati kesejukan di tepi-tepi jalan di bawah suhu - 30°c ketika cuba berjalan beberapa kilometer menuju ke pusat edaran makanan.

Kutip bangkai kuda
Wanita ini mengutip bangkai kuda untuk mengisi perut

Dalam pertempuran di antara Soviet Union dan Wehrhmacht Jerman itu, di samping ramai penduduk yang terkorban akibat letupan bom dan tembakan peluru, kebuluran dan penyebaran penyakit juga merupakan punca utama kematian.

Ramai yang terpaksa memakan haiwan kesayangan mereka, dan seterusnya memburu tikus-tikus dan burung untuk mengisi perut sebelum beransur lemah, tenat dan mati kebuluran. 

Di saat tentera Jerman berpusu-pusu masuk ke Bandar Leningrad, memusnahkan harta benda dan merompak segala barangan berharga, sekumpulan saintis pula berlindung dalam bilik kebal yang terletak di Vavilov Institut of Plant Industry bersama koleksi pelbagai biji benih dan tumbuhan makanan berharga.

Kumpulan saintis itu dalam ketakutan, dikepung oleh beribu tentera Nazi yang bengis, dan dikelilingi oleh rakyat senegara yang sedang kelaparan sambil memegang amanah untuk melindungi khazanah negara yang tidak ternilai harganya.

Koleksi itu mengandungi pelbagai biji benih daripada hampir 200,000 variasi tumbuhan. Suku daripadanya boleh dimakan, dan ia merupakan koleksi diversiti genetik tumbuhan boleh dimakan paling besar di dunia.

Dalam koleksi itu juga terdapat banyak bijirin seperti beras, gandum, jagung, kekacang dan kentang, yang sudah pasti lebih dari mencukupi untuk menampung kelangsungan hidup ahli sains tersebut untuk bertahan sepanjang pengepungan berlangsung.

Namun para saintis itu langsung tidak menyentuh makanan tersebut untuk kepentingan diri mereka, sebaliknya memilih untuk mempertahankan semua biji benih ini dari tentera Nazi dan juga dari dirompak oleh orang ramai di jalanan yang sedang kelaparan, sanggup mencari apa sahaja untuk ditelan.

Koleksi itu disimpan dalam 16 buah bilik, di mana tidak ada seorang pun dibenarkan bersendirian dalam mana-mana bilik berkenaan. Mereka bergilir-gilir mengikut syif 24 jam sehari meskipun selepas merasa kebas-kebas dan selsema akibat cuaca sejuk dan kelaparan.

Disebabkan pengepungan itu terus berpanjangan, satu demi satu mereka mula rebah dan meninggal dunia akibat kebuluran. Namun tidak ada walau sebiji benih pun yang dimakan.

Pada bulan Januari 1942, Alexander Stchukin, seorang saintis pakar tumbuhan kekacang, meninggal dunia di atas meja tulisnya.

Ahli Botani, Dmitri Ivanov juga meninggal dunia akibat kebuluran meskipun dikelilingi oleh ribuan guni beras yang dipertahankan dengan nyawanya.

Di penghujung pengepungan itu, ketika musim luruh tahun 1944, 9 orang daripada mereka telah mati kebuluran.

Banyak tumbuhan yang kita makan hari ini sebenarnya hasil kacukan silang variasi tumbuhan yang telah diselamatkan oleh para saintis ini dari kehancuran peperangan. Mereka sanggup berkorban demi masa depan manusia.


Previous Post Next Post