Louis XIV raja paling busuk dalam sejarah Perancis

LOUIS XIV dicatatkan sebagai raja yang paling berkuasa dalam sejarah Perancis. Dia seringkali disebut sebagai "Louis Ie Grand" (Louis yang hebat) dan "le Roi Soleil" yang bermaksud Raja Matahari. Namun Louis XIV juga terkenal sebagai raja yang paling busuk dalam sejarah.

$ads={1}

Ketika zaman pemerintahannya, Louis XIV berjaya membawa kemakmuran kepada kehidupan dan ekonomi rakyat. Raja Louis XIV juga memperbanyakkan "seigneurs" iaitu wakil raja yang menjadi mata dan telinga kerajaan untuk memantau keadaan sebenar rakyat di seluruh pelusuk negara.

Setiap pagi, lebih 100 orang hamba dan seigneurs akan hadir ke istana untuk menyaksikan Louis XIV membuka dan memakai pakaiannya. Malah hamba-hamba dan seigneurs ini turut menyaksikan bagaimana raja itu kencing dan membuang air besar.

Raja Perancis Berak
FOTO | Adengan dalam Filem 'Outlander' Raja mengalami sembelit ketika berak sambil diperhatikan puluhan orang ramai.

Namun terpaksa berdampingan dengan Raja Louis XIV pada setiap pagi merupakan pengalaman yang sangat mengerikan, kerana dia dikatakan mempunyai bau yang sangat busuk.

Kenapa busuk?

Ketika abad ke-17, semua warga Eropah pada waktu itu terbiasa dengan budaya tidak mandi atau membasuh badan. Mereka percaya mandi atau membasuh badan menggunakan air panas akan membuka liang-liang di permukaan kulit seterusnya akan membenarkan penyakit masuk ke dalam badan.

Anda tentu boleh bayangkan bagaimana bau orang yang tidak mandi selama bertahun-tahun lamanya. Raja Louis XIV pula dikatakan hanya pernah membasuh badan sebanyak 3 kali sahaja sepanjang hidupnya.

Selain itu rawatan perubatan yang diterima selama dia hidup, sedikit demi sedikit menambahkan lagi bau memualkan kepada badannya yang memang sudah sedia busuk.

Louis XIV terkenal sebagai seorang raja yang suka makan, dia makan paling kurang 5 kali sehari. Kerana tabiat makannya itu, Louis XIV mengalami masalah gigi berlubang yang teruk sejak dari usia muda.

$ads={1}

Bagi menyelesaikan masalah ini, doktor diraja menyarankan agar semua giginya dicabut bagi mengelakkan masalah itu bertambah teruk dan dia bersetuju.

Prosedur itu dilakukan tanpa sebarang ubat pelali. Tambah memburukkan lagi keadaan, salah seorang doktor yang merawatnya secara tidak sengaja telah tertebuk lelangitnya, dan lubang yang terbentuk itu kekal tidak dapat disembuhkan.

Meskipun selepas menjalani prosedur itu, Louis XIV masih terus mengamalkan tabiat makannya yang gelojoh itu. Akibatnya bahagian lelangit yang berlubang dalam mulutnya dipenuhi saki-baki makanan yang reput dan membusuk.

Bau nafasnya dikatakan sangat-sangat busuk. Satu lagi masalah yang timbul selepas menjalani rawatan itu ialah, Louis XIV sudah tidak ada lagi gigi untuk mengunyah makanan.

Akibatnya, dia mengalami masalah usus yang serius kerana seringkali menelan makanan tanpa mengunyah terlebih dahulu.

Perkara itu menyebabkan Louis XIV selalu melepaskan angin kentut yang memenuhi ruang mana-mana sahaja bilik yang didudukinya, dengan baunya yang tentu sekali sangat mengerikan dan sukar untuk dibayangkan.

$ads={2}
Bagi menyelesaikan masalah itu, Louis XIV disarankan oleh doktor untuk mengambil julap selama bertahun-tahun. Kerana itulah dia seringkali akan ke tandas sehingga lebih 15 kali sehari akibat mengambil julap.

Meskipun tidak mengamalkan asas kebersihan dalam kehidupannya, Louis XIV hidup sehingga berumur 77 tahun, dan telah memerintah selama 72 tahun.

Masalah kesihatan dan prosedur rawatan yang gagal terhadapnya, langsung tidak memndekkan umurnya, dan dia telah direkodkan sebagai raja yang paling lama memerintah dalam sejarah serta model kepada sistem pemerintahan monarki mutlak. — EdisiRakyat.com, 25 Januari 2021

Post a Comment

Previous Post Next Post