Kenapa paderi cukur rambut pelik seperti ini zaman mediavel?

SERING kali kita lihat dalam filem-filem berkisar zaman "medieval" atau juga dikenali sebagai zaman pertengahan gemar mencukur rambut mereka dengan gaya pelik dan lucu membotakkan bahagian atas, tapi meninggalkan bahagian belakang dan tepi.
paderi zaman pertengahan
Gaya rambut itu juga boleh dilihat dalam lukisan-lukisan paderi kristian katholik zaman pertengahan. Kenapa mereka gemar dengan potongan rambut begitu?
 
$ads={1}

Dalam ajaran pelbagai agama, ada peraturan-peraturan tertentu yang ketat dan perlu diikuti bagi penganut yang taat dan alim seperti paderi dan sami.

Contohnya dalam agama Buddha, para sami membotakkan kepala mereka sampai licin sebagai simbol untuk memutuskan hubungan dengan dunia.
Sami Buddha
Ketika zaman medieval, perkara itu juga menjadi alasan kepada paderi Katolik, cuma apa yang membezakan ialah gaya potongan rambut itu unik, hanya bahagian atas sahaja yang dibotakkan, manakala rambut bahagian tepi dibiarkan panjang.

Gaya potongan rambut ini dipanggil Tonsure atau istilah latinnya Tonsura. Perkataan Tonsure bermaksud mencukur atau membotakkan kepala di bahagian tengah.

Bagaimana ia bermula?

Berdasarkan catatan sejarah, gaya potongan rambut yang pelik itu dimulakan sekitar tahun 1073 ketika Pope Gregorio VII mula ditabalkan. Pada waktu itu budaya dan peraturan gereja sangat longgar berhubung gaya potongan rambut, etika pakaian, malah berlaku percintaan di kalangan paderi, sami dan rahib

Zaman Pope Gregorio VII juga menyaksikan amalan rasuah yang bermaharajalela di kalangan paderi-paderi dalam gereja. Sebagai usaha untuk menangani masalah rasuah ini, Pope Gregorio VII telah mengenakan pantang larang kepada setiap paderi, sami dan rahib.

Berkahwin atau mengadakan hubungan seksual di kalangan sami, paderi dan rahib adalah dilarang dan mereka dipaksa mengamalkan amalan pantang larang tertentu dalam kehidupan harian termasuk menetapkan gaya potongan rambut yang seragam di kalangan semua paderi-paderi.

Peraturan itu sebagai simbol penyerahan diri mereka kepada Tuhan. Maka mereka dikehendaki meniru gaya rambut seperti Saint Paul, kerana mereka percaya bahawa Saint Paul adalah seorang yang botak.

Saint Paul sangat dihormati oleh penganut Kristian Katolik kerana sumbangannya menulis 13 kitab-kitab Bible dan menyebarkan ajaran Kristian di seluruh empayar roman ketika hayatnya.

$ads={2}

Namun paderi-paderi ini berada di dalam dilema untuk meniru gaya Saint Paul, kerana terdapat ayat di dalam kitab Bible perjanjian lama yang melarang manusia memotong rambut di bahagian tepi.

"Jangan kamu memotong rambut di tepi kepala kamu atau mencukur tepi janggut," — 19:28, Old Testament.

Kalangan paderi mereka mahu meniru Saint Paul, dan namun dalam masa yang sama tidak mahu melanggar arahan kitab suci mereka.

Maka penyelesaian terhadap dilema itu ialah, mengenakan gaya rambut yang boleh memenuhi kedua-duanya.

Paderi mencukur bahagian atas kepala mereka untuk meniru Saint Paul, namun dalam masa yang sama membiarkan rambut di bahagian tepi kerana patuh dengan arahan bible.

Gaya rambut baru yang ganjil itu dikenali sebagai Tonsure dan diamalkan oleh hampir semua paderi gereja Katolik di Eropah ketika zaman pertengahan.

Terdapat satu lagi teori mengatakan, gaya potongan rambut itu sebenarnya mengikut amalan murid-murid Jesus yang memang mengamalkan Tonsure.

Satu lagi pendapat mendakwa, gaya rambut Tonsure dilakukan untuk mengingatkan kembali "mahkota berduri" yang diletakkan di atas kepala Jesus semasa disalib.
Mahkota Berduri
Amalan Tonsure ini sangat penting dalam tradisi dan budaya gereja. Mana-mana paderi yang gagal mengekalkan gaya rambut seperti itu akan dianggap sama seperti meninggalkan peranan paderi itu sendiri.

Sebilangan paderi akan dilucutkan pangkat dan jawatan tertentu dalam gereja jika enggan atau gagal mengekalkan Tonsure.

Kenapa amalan Tonsure berakhir?

Namun gaya rambut lucu itu beransur-ansur hilang dari menjadi amalan paderi di gereja susulan perubahan demi perubahan berlaku dalam agama Katholik. 

Peristiwa seperti perang salib, pembaharuan yang dibawa oleh Martin Luther, perang 30 tahun, dan revolusi industri telah membawa kepada perubahan budaya di dalam gereja.

Berabad lamanya selepas Pope Gregorio VII memperkenalkan gaya rambut wajib Tonsure, ramai paderi telah meninggalkan amalan itu.

Pada tahun 1972, Pope VI mengharamkan gaya rambut Tonsure di kalangan paderi. Pengharaman itu menjadi titik tolak menyebabkan tiada lagi paderi mencukur kepala mereka yang diamalkan oleh paderi-paderi terdahulu selama 900 tahun.


Previous Post Next Post