Bagaimana kucing jadi punca Firaun tewas mudah dalam perang?

SEMASA zaman pemerintahan Mesir purba, terdapat catatan sejarah bagaimana Firaun kehilangan negara selepas tenteranya tewas dengan mudah dalam peperangan gara-gara kucing. Peristiwa itulah menjadi punca tamatnya pemerintahan Firaun di Mesir.

$ads={1}

Bagaimana pemerintahan Firaun yang terkenal sangat berkuasa, tapi tenteranya boleh tewas dengan mudah hanya kerana alasan yang remeh? Mari kita ikuti kisahnya.

Jika kita lihat ukiran dan lukisan pada dinding-dinding bangunan yang dibina ketika zaman Mesir purba, ia menunjukkan aktiviti, kegiatan dan kehidupan harian masyarakat pada ketika itu.

Apa yang menarik perhatian ialah, seringkali gambar-gambar kucing dilukis dan diukir padanya, menggambarkan betapa eratnya hubungan penduduk Mesir purba dengan kucing.

Ukiran Kucing

Orang-orang Mesir purba sangat tertarik dengan haiwan peliharaan itu kerana sifatnya yang bengis mampu memburu binatang perosak di kebun-kebun dan rumah. Namun dalam masa yang sama, kucing adalah haiwan jinak dan manja, sangat sesuai dijadikan binatang kesayangan manusia.

Kucing peliharaan mereka juga melindungi isi rumah daripada pelbagai risiko haiwan seperti kala jengking, ular dan lain-lain binatang berbisa.

Lama-kelamaan orang-orang Mesir, semakin mengagumi dan memuja kucing kerana dua sifat semulajadinya itu yang rumit untuk difahami.

$ads={1}

Mereka menganggap kucing sebagai suci dan lemah lembut, namun dalam masa yang sama agresif, lincah dan berbahaya kepada musuhnya.

Dari situlah timbulnya bagaimana orang-orang Mesir mula mengukir patung menyerupai kucing untuk menggambarkan salah satu daripada tuhan atau dewa-dewa mereka.

Patung Dewi Bastet yang terkenal sebagai tuhan penjaga keluarga, rumah dan keturunan masyarakat Mesir Purba, diukir seperti seekor kucing.

Patung Kucing

Malangnya, akibat penghormatan yang begitu tinggi diberikan kepada kucing ini jugalah membawa kepada kemusnahan kerajaan Firaun yang sekian lama telah memerintah kerajaan Mesir purba.

Perang Pelusium 535 tahun sebelum Masehi.

Pada waktu ini Psametik lll merupakan Firaun yang memerintah seluruh empayar Mesir. Dia telah mewarisi takhta kerajaan selepas kematian bapanya ayahandanya Amasis.

Namun amat malang bagi Psametik lll, kerana Ketika dia menaiki takhta, sedang berlaku pergolakan diplomatik dan politik yang besar di antara kerajaan Mesir dan Empayar Achaemedid (Parsi).

Meskipun pemerintahan yang ketika itu menerima pelbagai tentangan, itu tidak menjadi penghalang, mustahil baginya menyerahkan empayar mesir dengan mudah.

Empayar Greek yang sebelum ini merupakan sekutu kuat Mesir sudah tiada sejak penasihat tentera ayahandanya berpaling tadah sebelum menyertai Parsi.

Sebaik sahaja Firaun itu mendengar kemaraan bala tentera Parsi yang dipimpin oleh Raja Cambyses ll menuju ke kota Mesir, dia langsung tidak merasa gentar. Sebaliknya telah mengarahkan semua bala tentera untuk berkubur di ibu kota, Memphis dan mengaturkan segala keperluan ketenteraan selepas menyedari peperangan kali ini tidak lagi dapat dielakkan.

$ads={2}

Satu lagi bala tentera diletakkan berkubu di Pelusium, di mana Firaun sendiri berdepan dengan serangan tentera Parsi. Ketika peperangan bermula, tentera Mesir berjaya mengekang kemaraan Parsi, pada peringkat awal kelihatan mereka pasti akan berjaya mengalahkan tentera penceroboh itu.

Namun perkara itu berubah selepas mantan penasihat tentera Mesir, menasihatkan Cambyes ll untuk mengubah taktik peperangan, dengan menggunakan tambahan pendekatan ugutan psikologi.

Raja Parsi itu sedar tentang amalan dan kecenderungan agama masyarakat Mesir. Maka dia memerintahkan semua tentera Parsi untuk melukis gambar Dewi Bastet pada permukaan perisai-perisai mereka.

Menurut tulisan Polyaenus, seorang penulis Mecedonia, dalam perang itu terdapat juga lukisan haiwan-haiwan lain yang sangat disayangi dan dihormati serta menjadi kepercayaan agama orang-orang Mesir dilukis pada setiap perisai tentera-tentera Parsi. Antaranya ialah anjing, kambing, dan burung ibis.

Taktik itu telah berjaya mengganggu minda dan emosi tentera Mesir selepas menyaksikan Dewi Bastet dilukis pada perisai-perisai tentera musuh.

Pahlawan-pahlawan Mesir cuba sedaya upaya mengelak daripada senjata mereka memukul perisai musuh yang mempunyai gambar tuhan berwajah kucing itu. Keadaan itu sekali gus menjadikan mereka tidak dapat bertarung dengan baik.

Kebanyakan pahlawan itu memilih untuk tidak melawan, dan ramai yang melarikan diri. Akibatnya mereka dibelasah dan dibunuh dengan mudah oleh tentera Parsi.

Sudahlah begitu, jumlah tentera Parsi juga jauh lebih besar berbanding Mesir, kerana empayar Greek dan Arab turut bersekutu dengan Parsi menyerang Mesir.

Akhirnya Mesir jatuh ke tangan empayar Archaemedid, sekaligus mengakibatkan Firaun kehilangan negara dan kekuasan akibat sifat mereka yang terlalu memuja dan menghormati kucing dan haiwan-haiwan agama yang lain.

Peristiwa itu menjadi titik sejarah di mana selepas itu negara Mesir terus dijajah oleh kuasa-kuasa luar sepanjang kewujudannya. — EdisiRakyat.com, 24 Januari 2021 


Rujukanarce.org | ancient.eu

Post a Comment

Previous Post Next Post