Asal usul Play-Doh rupanya untuk bersihkan dinding

PLAY-DOH merupakan salah satu benda yang sangat disukai oleh kanak-kanak sejak bertahun lamanya, kerana ia boleh dibentuk menjadi pelbagai benda. 

$ads={1}

Namun asal-usul Play-Doh dicipta rupanya bukanlah bertujuan untuk dijadikan sebagai model tanah liat seperti yang kita lihat hari ini, sebaliknya ia produk untuk membersihkan kesan arang yang melekat di dinding-dinding rumah.

Play-Doh

Sebelum menjadi alat permainan popular di kalangan kanak-kanak seperti hari ini, Play-Doh kali pertama dipasarkan dalam tahun 1930-an, oleh sebuah syarikat bernama Kutol berpengkalan di Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat. Ketika itu belum wujud pun nama Play-Doh, sebaliknya ia merupakan produk pembersih dinding.

Pada ketika itu orang ramai terutama suri rumah membelinya untuk membersihkan jelaga arang  melekat pada dinding-dinding rumah, kerana kebanyakkan keluarga pada waktu itu menggunakan kayu api untuk memanaskan rumah mereka.

Namun syarikat itu mula dilanda masalah sekitar tahun 1950-an, apabila orang ramai mula beralih menggunakan bahan lain sebagai alternatif kepada arang untuk memanaskan rumah mereka. 

Kebanyakan isi rumah mula menggunakan gas dan minyak bagi tujuan itu kerana ia lebih bersih, ringkas dan menyenangkan.

$ads={1}

Perkara itu sekaligus mengakibatkan jualan produk pembesih keluaran Kutol itu merudum teruk, kerana ia menjadi semakin tidak relevan selepas tiada lagi orang membakar kayu api di rumah. Ini bermakna mereka tidak lagi memerlukannya untuk membersihkan kesan jelaga akibat pembakaran kayu api.

Mujur masalah itu dapat diselesaikan segera oleh Joe McVicker anak saudara kepada pencipta asal produk pembersih dinding keluaran Kutol itu.

Produk pembersih keluaran Kutol bertukar fungsi

Kakak ipar McVicker merupakan seorang guru di sebuah pusat asuhan kanak-kanak. Dia telah menceritakan kepada McVicker bagaimana produk pembersih dinding itu selama ini telah digunakan ketika mengajar subjek seni dan kraftangan.

Dari situlah Joe McVicker mula sedar bahawa produk itu tentu sekali boleh juga digunakan di sekolah-sekolah yang lain.

Sejak hari itu McVicker mula memperkenalkannya di pelbagai sekolah sekitar Cincinnati di Ohio. Produk seakan-akan tanah liat itu semakin mendapat sambutan hangat selepas McVicker membawanya dalam satu persidangan pendidikan dalam tahun 1955. 

Asal-usul Play-Doh

Seterusnya ia semakin diminati ramai sejak hari pertama dipasarkan secara meluas menerusi pasaraya di Washington, DC.

Dalam tahun 1956, keluarga McVicker telah mengasaskan Rainbow Craft Company, dan produk pembersih jelaga itu ditukar nama menjadi Play-Doh.

Popularitinya semakin hari semakin meningkat selepas muncul dalam persembahan Captain Kangaroo dan pelbagai peetunjukan kanak-kanak lewat era 50-an.

Pada peringkat awal, hanya Play-Doh berwarna putih dijual di pelbagai premis, di mana bahan untuk menghilangkan jelaga tidak lagi digunakan. Produk itu kemudian dikembangkan kepada warna merah, kuning, dan biru dalam tahun 1958.

$ads={2}

Pada tahun 1980-an, Play-Doh seterusnya dikembangkan lagi kepada lapan jenis warna-warna yang berbeza.

Pada tahun 1998, Play-Doh telah disenaraikan di National Toy Hall of Fame.

Setiap tahun lebih 80 juta tin Play-Doh dijual di seluruh dunia, dan kini lebih 3 bilion tin telah dijual sejak produk itu diperkenalkan. — EdisiRakyat.com, 25 Januari 2021

Post a Comment

Previous Post Next Post