Wanita dibelasah lelaki berpangkat 'datuk' hanya kerana bunyikan hon

HANYA kerana membunyikan hon disebabkan kenderaannya terhalang, seorang wanita mengalami kecederaan apabila rambutnya ditarik, dibelasah dan ditumbuk berkali-kali oleh seorang lelaki yang dikatakan berpangkat datuk.



Kejadian itu dikatakan berlaku pada 16 Disember 2020 (kelmarin) sekitar jam 8 malam di Amadesa Resort Condominium, Jalan 5/125 Taman Desa Petaling, 57000 Kuala Lumpur.

Datuk belasah wanita bunyikan hon

Menurut Snow Kwong yang menceritakan semula kejadian berkenaan menerusi akaun Facebooknya, Ketika dia sedang memandu menuju tempat letak kereta di Amadesa Resort Condominium, sebuah kenderaan jenis Mercedes Benz berwarna biru gelap telah menghalang lalu lintas menuju ke pintu masuk.

"Saya telah menunggu beberapa minit sebelum mula membunyikan hon dan kereta itu akhirnya beralih jadi saya boleh memakir kereta saya di lot saya,"

"Selepas mengunci kereta, saya berjalan menuju tangga menghala ke lobi, pakcik ini berusia lingkungan 50 an telah menerpa saya, bertanya adakah saya yang membunyikan hon,"

"Saya mengaku ya, kerana saya dah tunggu lama. Dia marah dengan jawapan saya, tanpa amaran dia menarik rambut dan menumbuk saya berkali-kali di kepala dan muka,"

"Saya merasa takut dan lari belakang sebuah kereta untuk menyorok, kerana saya bersendirian dan tidak berdaya. Tubuh saya jauh lebih kecil dan tidak bertenaga berbanding dia yang tingginya lebih sekaki dari saya,"


"Saya menghubungi ayah supaya turun dan menyelamatkan saya," katanya.

Menurut Snow Kwong, ketika dia sedang menelefon lelaki itu segera beredar menuju ke rumahnya seperti tiada apa yang berlaku. Salah seorang penduduk yang menyaksikan kejadian itu mengenali pemilik kenderaan berkenaan.

"Disebabkan pukulan itu, mulut dan gusi saya berdarah teruk kerana saya memakai pendakap gigi (braces). Kesan tumbukan di kepala saya menyebabkan saya berasa sakit kepala yang amat sangat dan mengalami bengkak, saya bimbang saya mungkin mengalami gegaran akibat pukulan itu,"

"Ayah saya bergegas ke tempat kejadian. Saya telah memberitahu ayah keseluruhan kejadian dan menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan."

"Ketika menunggu pihak polis tiba, penyerang itu turun dengan sebilah pisau pemotong, disembunyikan di belakangnya (salah seorang saksi berjaya mengambil gambar) bersama dua orang anak lelakinya," katanya.

Datuk bawa pisau

Menurut Snow Kwong, ayahnya bertanya kepada lelaki itu kenapa dia memukul, lelaki itu menjawab Snow Kwong memang patut dipukul dan ditumbuk kerana membunyikan hon.

"Dia mencampakkan pisau pemotong sebaik sahaja melihat polis tiba. Lelaki itu telah ditahan oleh pihak polis dan dibawa ke Balai Polis Salak Selatan Baru di mana ayah telah membawa saya ke sana untuk membuat laporan," 

"Selepas membuat laporan kami terpaksa pergi ke Ibu Pejabat Polis Cheras (IPD Cheras Maluri) untuk memberikan kenyataan kepada Sarjan Khairizam,"


"Sarjan Khairizam ada menyebut apabila kes ini diserahkan kepada polis, ia akan berdasarkan penghakiman mahkamah. Kerana dia tidak menggunakan sebarang senjata, dia hanya akan didakwa atas kesalahan memukul,"

"Sekiranya dia dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, dia akan menerima hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua2nya bergantung kepada keputusan mahkamah,"

"Disebabkan dia nampak seperti seorang Dato' berdasarkan 'lambang dato' di no plat keretanya, Saya bimbang dia akan terlepas dengan mudah kerana hukuman denda adalah kecil baginya berbanding orang awam seperti saya yang menderita kecederaan,"

Kereta Datuk

"Sarjan Khairizam meminta saya untuk pergi ke HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia), untuk mendapatkan laporan perubatan dengan bayaran duit saya sendiri RM50."

"Di hospital doktor telah memberi suntikan tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan saya. Saya telah menjalani imbasan x-ray untuk memastikan tiada gegaran (kepala), selepas pemeriksaan saya telah menghantar dokumen ini kepada Sarjan Khairizam di balai polis,"

"Mimpi ngeri ini berakhir pada jam 2 pagi selepas semua dokumen telah dihantar. Ketika pulang ke rumah, ibu memberitahu saya anak-anak lelaki yang menyerang saya telah meminta maaf dan meminta supaya tidak mengenakan tuduhan kerana ayahnya sedang tertekan,"


"Adakah itu bermakna sesiapa sahaja dibenarkan untuk menumbuk orang lain jika tertekan? Apa akan jadi kalau polis tidak sampai pada waktu sepatutnya? apa yang dia akan lakukan dengan pisau pemotong yang disembunyikan di belakang pinggangnya?"

"Adakah dia akan cincang saya kerana dia stress? Jika saya mati adakah satu permohonan maaf dari anak boleh setimpal dengan kehilangan saya yang ditanggung oleh ibu ayah saya?" Tulisnya mengakhiri perkongsian.

Sumber — Snow Kwong

Post a Comment

Previous Post Next Post