Phoolan Mallah, wanita yang merompak dan membunuh namun jadi pujaan ramai

SEORANG wanita bernama Phoolan Mallah pernah melakukan pelbagai jenayah antaranya, merompak, dan menculik, malah dia juga terlibat melakukan pembunuhan beramai-ramai, namun sampai ke hari ini dia masih lagi diagungkan dan dihormati oleh orang ramai malah dianggap sebagai seorang lagenda.


Kisah kehidupannya turut dilakonkan semula dalam sebuah filem berjudul Bandit Queen, yang telah diterbitkan dalam tahun 1994, dan telah menerima sambutan yang sangat hebat.

Siapa sebenarnya Phoolan Mallah?

Phoolan Mallah

Phoolan lahir pada tahun 1963 dalam sebuah keluarga miskin di India. Dia telah dikahwinkan ketika berusia 11 tahun oleh ibu bapanya dengan seorang lelaki yang berumur tiga kali ganda umurnya iaitu 33 tahun.

Phoolan tidak dapat menerima perkahwinan yang begitu awal dengan seorang lelaki tua. Lebih malang, dia sering didera oleh suaminya itu. Disebabkan tidak tahan dengan penderaan yang dilalui, pada suatu hari dia telah melarikan diri pulang ke rumah keluarganya.

Namun tindakan itu rupanya tidak membantu, ini kerana kedua ibu bapanya menganggap perbuatan Phoolan melarikan diri dari suami itu memalukan keluarga. Mereka memaksanya untuk kembali kepada suaminya semula.

Akhirnya pada suatu hari dia nekad lari dari rumah.

Ketika itu dia telah ditemui oleh sekumpulan penjenayah, kongsi gelap, mereka telah menculiknya dan menjadikannya salah seorang ahli wanita kumpulan tersebut. Difahamkan ketua kumpulan penjenayah tu tertarik dengan sifat pemarah dan licik yang dimiliki oleh Phoolan.

Salah seorang ahli kumpulan itu tidak lama kemudian mula jatuh cinta dengan Phoolan, mereka kemudian menjalinkan hubungan cinta. 

Bersama dengan kumpulan kongsi gelap yang dianggotainya, Phoolan pulang ke rumah suaminya untuk membalas dendam. Walaupun dia tidak membunuh suaminya, namun suaminya ditemui dalam keadaan cedera parah selepas diserang oleh Phoolan dan anggota kumpulannya sebagai hukuman.


Namun dalam pada itu sebuah lagi kumpulan kongsi gelap lain tidak dapat menerima hubungan cinta Phoolan dengan kekasihnya itu, kerana menurut mereka Phoolan berasal dari golongan kasta rendah.

Perkara itu telah membawa kepada pergaduhan besar, dan berlakunya pertempuran dan tembak-menembak di antara kedua-dua kumpulan berkenaan. 

Anggota kumpulan Phoolan tewas dalam pergaduhan itu, malah kekasihnya turut terbunuh. Phoolan telah diculik oleh seramai 20 orang lelaki dan telah dirogol beramai-ramai selama dua minggu sebelum dia berjaya menyelamatkan diri.

Selepas berjaya melarikan diri, Phoolan kembali semula kepada saki-baki anggota kongsi gelap kekasihnya. Dalam masa beberapa bulan, mereka berjaya meningkatkan semula kekuatan sebelum melakukan serangan besar-besaran di sebuah kampung bernama Behmai, kesemua 20 lelaki yang merogolnya sebelum ini berjaya dibunuh.

Kejadian pembunuhan beramai-ramai ini tercatat dalam sejarah jenayah India sebagai "1981 Behmai Massacre" (pembunuhan beramai-ramai Behmai 1981).

Phoolan Mallah

Selepas kejadian itu, Phoolan bersama anggota kumpulannya terus melakukan pelbagai jenayah, namun ramai yang menganggap perbuatannya itu sesuatu yang betul dan benar dari segi moral.

Tindakannya membalas dendam dinobatkan oleh media pada waktu itu sebagai pemberontakan dan perjuangan melawan kezaliman. 

Malah media ketika itu memberikannya nama gelaran terhormat sebagai 'dewi' dan dia menerima penghormatan di seluruh pelusuk benua India dan menjadi pujaan ramai kerana dianggap sebagai seorang legenda.

Namun dari sudut perundangan, Phoolan tetap merupakan seorang penyamun dan penjenayah. Oleh itu pihak berkuasa telah melancarkan operasi besar-besaran untuk memburunya. 

Selama lebih dua tahun operasi memburu Phoolan dijalankan, namun pihak berkuasa gagal untuk menjejakinya. Akhirnya kerajaan India ketika itu di bawah pentadbiran Indira Ghandi memutuskan untuk berunding agar Phoolan menyerah diri dan meletakkan senjata.


Pada waktu itu kesihatan Phoolan merosot teruk, ditambah pula ramai anggota kongsi gelapnya telah meninggal dunia, sebahagian dari mereka mati dalam tahanan polis, manakala sebahagian lagi maut akibat pergaduhan dengan kongsi gelap yang bermusuhan.

Pada bulan Februari 1983, Phoolan Mallah bersetuju untuk menyerah diri kepada pihak berkuasa. Namun dia menegaskan bahawa dia tidak percaya dengan pihak polis di Uttar Pradesh, dan hanya akan menyerah diri kepada pihak polis di sebuah lagi daerah iaitu di Madhya.

Selain itu Phoolan hanya mahu menyerah diri di hadapan gambar Mahatma Gandhi dan Dewi Durga, kerana baginya dia bukan mengalah kepada pihak polis, tetapi hanya akan menyerah diri dan meletakkan senjata di depan Ghandi dan tuhan.

Phoolan juga menetapkan empat lagi syarat,

1. Perjanjian bahawa tiada hukuman mati dikenakan terhadap ahli kumpulannya yang menyerah diri.
2. Hukuman penjara dijatuhkan terhadap ahli kumpulannya tidak akan melebihi lapan tahun.
3. Sebidang tanah diberikan kepadanya.
4. Seluruh ahli keluarganya perlu diiringi oleh pihak polis untuk menyaksikan majlis ketika dia menyerah diri

Majlis penyerahan diri dan perletakkan senjata oleh Phoolan Mallah dan anggota kumpulannya disaksikan oleh puluhan ribu orang termasuk 300 anggota polis di hadapan gambar Mahatma Ghandi dan Dewi Durga.

Phoolan Surrender

Phoolan telah dibicarakan di mahkamah dengan 48 tuduhan jenayah antaranya pembunuhan, rompakan dan penculikan. Sepanjang proses perbicaraan berlangsung selama 11 tahun dia ditahan dalam penjara.

Ketika dalam tahanan, Phoolan Mallah telah mengalami ketumbuhan ovari dan telah menjalani pembedahan.

Phoolan akhirnya dibebaskan di bawah perintah parol dalam tahun 1994 selepas pentadbiran Uttar Pradesh yang diketuai oleh Mulayam Singh Yadav menarik balik semua pertuduhan terhadapnya.


Tindakan itu telah mengejutkan seluruh benua India, sekaligus menjadi topik hangat dan kontroversi yang dibincangkan oleh orang ramai.

Menyedari pandangan orang ramai terhadap dirinya, dua tahun selepas dibebaskan dari penjara, Phoolan telah menyertai politik dan bertanding sebagai calon Ahli Parlimen kawasan Lok Sabha dan berjaya menjadi seorang wakil rakyat.

Namun dalam tahun 2001, Phoolan Mallah telah ditembak mati di New Delhi oleh musuhnya yang juga merupakan saudara kepada perogol yang telah dibunuhnya sebelum ini. — EdisiRakyat.com, 20 Disember 2020

Rujukan:

2 Comments

  1. Manzanita Beach offers a gorgeous seven-mile beach, a charming town populated with creative, independent boutiques and restaurants, and many activities like hiking, fishing, surfing, mountain biking, boating, golfing and more.

    ReplyDelete
  2. In the long run your score will matter to a point where you need it to get another vehicle, a loft, or even a new position. A few companies, for example, banks check your FICO assessment to perceive how solid you are with your funds since you will manage cash consistently. https://www.rebounddebtrelief.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post