SEORANG lelaki berusia 46 tahun dituduh di mahkamah pada hari rabu kerana menyembunyikan empat ekor anak kucing dalam seluarnya dalam satu cubaan penyeludupan dari Malaysia ke Singapura melalui checkpoint tuas awal tahun lalu.
Justin Ng Chin Boon, yang juga merupakan seorang warga Singapura berdepan 15 tuduhan di bawah Akta Haiwan dan Burung. Dia dituduh cuba untuk menyeludup anak kucing itu pada tengah malam 2 Januari 2019.
Dokumen mahkamah menyatakan bahawa dia didakwa telah menyebabkan haiwan itu mengalami penderitaan yang tidak perlu, dengan membawanya dalam "keadaan sesak serta pengudaraan dan kawalan suhu yang buruk". Anak kucing itu juga "terdedah kepada suhu badannya sendiri".
Seorang lagi tertuduh, Leow Hua Liang yang juga merupakan warga Singapura berusia 42 tahun, berdepan 17 tuduhan kerana didakwa membantu menyeludup dengan memandu kereta yang dinaiki oleh Ng. Tidak diketahui bagaimana mereka berdua berkenalan antara satu sama lain.
Sebelum ini pihak berkuasa imigresen dan Checkpoint (ICA) Singapura mengumum kan anggotanya telah mengesan anak kucing tersebut di Checkpoint Tuas. Mereka menjalankan pemeriksaan lanjut selepas mendengar suara "meow" dari seluarnya yang membonjol.
Kes itu telah dirujuk kepada Agri-Food and Vaterinary Authority of Singapore (AVA) yang telah dibubarkan pada bulan April tahun lalu. Kini National Park Board mengambil alih tugas berhubung perihal haiwan.
Menurut ICA, anak-anak kucing itu di bawah penjagaan dan kuarantin AVA.
Ng dan Leow juga berdepan dengan tuduhan menyeludup haiwan-haiwan keluar dan masuk dari Singapura dalam kejadian lain.
Leow ditahan lagi tiga hari kemudian selepas kejadian tersebut. Dia dikatakan cuba menyeludup dua ekor burung oriental bermata putih dari Singapura menuju ke Malaysia melalui checkpoint tuas. Haiwan itu disimpan dalam beg syiling berzip dan disembunyikan di dalam panel pemandu bahagian hadapan.
Kedua-dua Leow dan Ng turut dituduh membantu Leong Sok Boy, seorang warga emas berusia 71 tahun mengimport tujuh ekor kucing ke Singapura melalui checkpoint tuas pada 11 Ogos 2018. Haiwan-haiwan itu disembunyikan sama ada menggunakan beg plastik atau beg kanvas.
Kedua-dua lelaki itu dituduh gagal mengistiharkan kucing kucing berkenaan kepada pegawai pemeriksa.
Leong, seorang warga Singapura turut dituduh dengan tujuh pertuduhan kerana menyeludup kucing.
Ketiga-tiga tertuduh akan kembali dibicarakan di mahkamah pada 27 Januari tahun depan.
Di bawah Akta Haiwan dan Burung Singapura, mereka yang disabitkan kesalahan kerana mengimport atau mengeksport haiwan tanpa kebenaran boleh dipenjara sehingga satu tahun, atau denda S$10,000 atau kedua-duanya.
Hukuman yang sama diperuntukkan atas kesalahan mengenakan kesakitan atau penderitaan yang tidak perlu kepada mana-mana haiwan. — EdisiRakyat.com, 25 Disember 2020
Sumber — todayonline.com
إرسال تعليق