Kuat kentut? 7 kebaikan kentut yang mengejutkan

KENTUT. Mendengar perkataan itu sahaja membuatkan sesetengah orang merasa geli dan sesetengahnya merasa lucu. Tetapi hakikatnya, ia adalah suatu proses alami tubuh yang mana, gas yang terhasil dalam perut selepas proses pencernaan.



Percaya atau tidak, angin kentut ini sebenarnya merupakan sesuatu yang memangkin kepada kesihatan yang tidak disangka.

kentut

Antara kebaikannya adalah:

1. Memberi kebaikan kepada kolon

Ibu bapa perlu mengajar anak tidak menahan kentut dan seharusnya di keadaan yang sesuai untuk melepaskan angin, orang dewasa juga tidak sepatutnya menahan angin kentut.


Ini kerana menahan kentut boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk jika anda sememangnya sudah mempunyai masalah pencernaan.

2. Mengurangkan kembung perut

Gas yang dirembes ketika fungsi metabolisme tubuh berlaku jika tidak dilepaskan dengan baik, boleh menyebabkan kembung perut.

Kembung biasanya menyebabkan rasa tidak selesa, rasa seperti perut membengkak dan menimbulkan rasa tidak selesa tetapi kebiasaannya ia tidak berbahaya.

kembung

Untuk melegakan kembung perut, lepasakan sahaja angin kentut anda ketika anda merasakan ingin melakukannya tapi awas, pastikan tidak berbau atau jauh dari orang lain.

3. Petanda penyakit

Tentu anda tidak menyangka bahawa kekerapan anda kentut, berbau terlalu kuat dan kesakitan ketika kentut boleh menjadi petanda kepada sesuatu penyakit yang boleh di kenal pasti oleh para doktor.


Kebiasaannya, keadaan kentut ini boleh dijadikan rujukan untuk mengenal pasti masalah 'lactose intolerance' dan juga kanser kolon.

4. Menghidu bau kentut itu baik untuk kesihatan

Ini bukan lawak dan gurauan sebaliknya menghidu bau busuk itu baik untuk kesihatan. terdapat kajian mengatakan bahawa menghidu bau hidrogen sulfida iaitu sejenis gas yang terhasil dalam kuantiti yang sedikit dalam kentut anda boleh menjadi penyelamat kepada penyakit tertentu.

bau-kentut

Gas yang berbau seperti telur tembelang boleh mencegah anda daripada penyakit stroke dan jantung dan kerosakan sel.

5. Menandakan bakteria usus yang sihat

Menurut seorang doktor dari unit gastroenterologi di Mayo Clinic di Rochester, "

Menurut kajian, mereka yang berbadan kurus dan sihat selalu nya lebih kerap kentut.

Terdapat juga makanan yang menyebabkan sistem pencernaan menjadi lebih efisien dan membuatkan kita kerap kentut iaitu sayur berdaun hijau, pucuk brussels, kobis, bunga kubis dan beberapa sayur lain.


Sayur-sayur ini ada salah satu punca yang menjadi penggalak kepada bakteria dalam usus untuk meningkatkan potensi mereka sekaligus menyebabkan sistem pencernaan yang lebih baik.

Sistem pencernaan yang lebih baik menyebabkan anda menghasilkan lebih banyak gas.

6. Membantu menyeimbangkan diet

Pengambilan makanan seimbang adalah penting untuk kesihatan tubuh badan. Kentut boleh menjadi petanda apakah jenis makanan yang diperlukan dan berlebihan dalam tubuh badan kita.

makanan-seimbang

Setiap makanan menghasilkan beberapa jenis gas yang berbeza. Kita boleh melakukan pengesanan yang mana apabila anda kurang kentut, ia menunjukkan anda kekurangan fiber
Contoh makanan berasaskan fiber seperti kacang.

Makan daging merah berlebihan pula menyebabkan anda menghasilkan bau yang tidak menyenangkan dan menandakan bahawa anda 

7. Mendapatkan kelegaan 

Menahan kentut pasti menimbulkan ketidakselesaan. Kadangkala sakit perut dan pelbagai ketidakselesaan dapat dapat dilegakan hanya dengan melepaskan angin kentut.


Kentut hanya menjadi masalah jika bunyinya terlalu kuat dan busuk  sehingga mengganggu orang lain, tapi jika anda merasakan ingin kentut, lepaskan sahaja asalkan tidak ditempat awam kerana menahan kentut hanya membuatkan anda stress, tidak selesa dan murung. Melepaskan kentut pasti akan mendatangkan kelegaan.

Apa yang penting, adab ketika kentut itu perlu dijaga kerana kadangkala gas yang dilepaskan itu berbau busuk dan jika dilepaskan didalam ruangan tertutup hingga mengganggu orang lain, itu adalah sangat tidak patut.  — EdisiRakyat.com, 6 Disember 2020 

Post a Comment

أحدث أقدم