Kisah Takahiro Shiraishi 'twitter killer' yang membunuh 9 kenalannya di media sosial

SEORANG lelaki bernama Takahiro Shiraishi pada minggu lepas baru sahaja dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh sebuah mahkamah di Jepun.



Dia mengaku bersalah telah membunuh seramai sembilan orang mangsa yang juga merupakan kenalan di media sosial Twitter.

Takahiri Shiraishi

Ketika hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati dia dilihat tidak sedikit pun merasa takut atau gementar.

Kejadian pembunuhan yang dilakukan oleh Takahiro ini pernah tular pada tahun 2017 apabila seorang wanita dilaporkan hilang.

Keluarga wanita itu cuba mencarinya namun tidak berjaya, sehinggalah abang mangsa terjumpa satu akaun Twitter yang kelihatan mencurigakan.

Akaun Twitter itu sebenarnya milik pembunuh iaitu Takahiro yang menggunakan modus operandi mencari dan mengumpan mana-mana mangsa ingin membunuh diri di laman sosial Twitter.

Takahiro akan mengajak mangsa ke rumahnya dengan alasan untuk memujuk namun perkara sebaliknya yang berlaku. Semua kejadian itu berlaku di sebuah aparment kediaman Takahiro.

Kediaman Takahiro Shiraishi

Kesemua mayat yang telah dibunuh ditemui dalam keadaan mengerikan di dalam rumah tersebut. Sembilan kepala mangsa dijumpai dalam kotak bersama sebilangan besar anggota badan lain seperti lengan dan tulang kaki.

Semasa kes dibicarakan di mahkamah, peguam bela yang mewakili Takahiro, memberitahu hakim bahawa anak guamnya patut dikenakan hukuman yang lebih ringan kerana mangsa dikatakan telah memberi 'izin' sebelum dibunuh.

Tetapi, dengan selamba Takahiro bangun dari kandang tertuduh sambil berkata, "saya membunuh tanpa keizinan mereka semua!"


Malah Takahiro turut bertegas bahawa dia tidak akan membuat rayuan sekiranya didapati bersalah atas tuduhan membunuh.

Berdasarkan perundangan Jepun, pesalah yang dikenakan hukuman gantung tidak dibenarkan untuk mengetahui bilakah tarikh sebenar hukuman gantung sampai mati akan dijalankan, sehinggalah hari pelaksanaan hukuman tiba.

Ayah kepada salah seorang wanita berusia 25 tahun yang menjadi mangsa bunuh Takahiro menegaskan bahawa dia tidak akan memaafkan pembunuh anaknya meskipun hukuman mati telah dijatuhkan terhadapnya.

"Sampai sekarang apabila saya melihat wanita sebaya anak saya, saya menganggapnya seperti anak perempuan saya,"

"Kesedihan itu tidak akan hilang, pulangkan kembali anak saya," katanya dengan nada sedih.


Disebabkan oleh kes tersebut, Twitter telah meminda peraturan penggunaan media sosial berkenaan dengan memberi notifikasi kepada pengguna agar tidak mempromosi atau menggalakkan tindakan bunuh diri atau menyebabkan kecederaan kepada diri sendiri. — EdisiRakyat.com, 22 Disember 2020

Post a Comment

Previous Post Next Post