RAMESSES ll juga dikenali sebagai 'Ramesses The Great' merupakan generasi ketiga dari dinasti ke 19 firaun yang memerintah Mesir 3,250 tahun yang lalu. Inilah satu-satunya manusia purba yang mempunyai pasport perjalanan moden.
Ramesses II sering dianggap sebagai firaun yang paling hebat, paling banyak diraikan dan paling berkuasa. Anak keturunannya kemudian menyebut Ramesses II sebagai "nenek moyang terhebat".
Ramesses II dipercayai telah memerintah sejak tahun 1279 sehingga 1213 sebelum Masehi (BC). Ketika zaman pemerintahannya, dia telah mencapai banyak kejayaan dalam operasi ketenteraan dan peperangan sekaligus berjaya mengumpul harta yang begitu banyak untuk empayar Mesir.
Banyak patung patung yang dibina untuk memujanya. Peninggalan sejarah menunjukkan banyak tugu-tugu dan monumen Remessis II boleh ditemui dari Mesir sampai ke Palestin dan Nubia (hari ini dikenali sebagai Sudan).
Selepas kematiannya, jasad Ramesses II telah ditanam di dalam sebuah keranda di kawasan yang dipanggil "lembah raja-raja" di mana jasadnya kemudian telah ditemui dalam tahun 1881, dan sehingga kini menjadi pameran di sebuah Muzium di Mesir (Museum of Egyptian Antiquities).
Pada tahun 1975, seorang doktor perubatan dari Perancis bernama Prof. Maurice Bucaille telah menjalankan kajian ke atas jasad Ramesses ll, dan mendapati mumia itu diancam oleh serangan fungus maka ia memerlukan rawatan segera bagi mengelakkan ia mereput secara total.
Justeru jasad firaun itu perlu diterbangkan ke Perancis untuk menjalani rawatan. Namun, undang-undang kerajaan Perancis menetapkan bahawa sesiapa yang masuk ke negara itu memerlukan dokumen perjalanan yang sah sama ada hidup ataupun mati.
Bagi memenuhi tuntutan perundangan itu, maka kerajaan Mesir telah mengeluarkan sebuah pasport yang sah untuk jasad Firaun itu bagi membolehkan ia masuk ke negara Perancis bagi menjalani rawatan pemulihan.
Jasad Ramesses II dibawa masuk ke Perancis pada 27 September 1976 disambut oleh Alice Saunter-Seite, Menteri Pengajian Tinggi Perancis di lapangan terbang Le Bourget.
Apa yang menarik juga dengan cerita ini ialah berhubung doktor Maurice Bucaille yang diamanahkan untuk menjalankan rawatan terhadap jasad itu, turut mengkaji apakah sebenarnya punca kematian firaun Ramessis II ini.
Maurice Bucaille mendapati bahawa terdapat banyak sisa-sisa garam pada jasadnya sekaligus menjadi bukti menunjukkan bahawa Ramessis II mati akibat lemas di dalam laut, dan jasadnya telah dikeluarkan dari laut selepas itu sebelum diawet dan dikebumikan.
Namun apa yang menjadi persoalan kepadanya, mengapa dalam banyak-banyak jasad firaun yang diawet pada zaman pemerintahan Mesir purba, tapi hanya jasad Ramesses II sahaja yang masih kekal utuh dan tidak rosak sampai ke hari ini?
Di dalam Al-Quran ada sepotong ayat yang menyebut tentang kisah Firaun, di mana Allah berfirman akan mengekalkan jasadnya supaya menjadi pengajaran kepada manusia kemudian hari.
"Kami telah bawakan anak-anak bani Israel melintas lautan. Kemudian firaun dan tenteranya mengejar mereka dengan zalim dan menindas. Namun ketika firaun sedang lemas, dia menjerit 'aku percaya tidak ada tuhan kecuali yang diyakini oleh anak-anak bani Israel, dan kini aku antara orang yang berserah," — Yunus ayat 90.
Dalam ayat seterusnya dalam surah Yunus Allah berfirman:
Inilah punca bagaimana dan mengapa Dr Maurice Bucaille telah memeluk Islam selepas membuat kajian mendalam tentang jasad firaun. — EdisiRakyat.com, 22 Disember 2020
Post a Comment