DAUN PANDAN adalah tanaman yang tumbuh di kawasan tropika di Asia tenggara, seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan lain-lain. Daun pandan ini amat dikenali kerana aroma bau yang khas dan unik.
Aroma daun pandan yang amat unik ini sering digunakan sebagai pewangi masakan dan ia mampu membuatkan makanan berbau wangi. Akan tetapi daun pandan tidak hanya tertumpu dalam bidang masakan sahaja tetapi ia juga berguna untuk tujuan kesihatan dan rawatan perubatan.
Salah satunya rawatan untuk kawalan penyakit diabetes setelah menggantikan penggunaan gula dengan daun pandan apabila membuat air. Aroma pandan akan membuat minuman anda lebih segar dan enak sekaligus mengurangkan atau mengelakkan penggunaan gula secara berperingkat.
Dengan cara merebus daun pandan bagi mendapatkan ekstrak daun pandan, anda boleh menggunakan ekstrak tersebut dengan cara meminum nya untuk mengatasi atau merawat stres dan kegelisahan. Ia juga boleh membantu mengurangkan kolestrol selain meredakan kesakitan saraf.
Ekstrak daun pandan itu juga boleh mengurangkan demam dan selesema dengan cara meminum ekstrak daun pandan tersebut.
Masalah penghadaman seperti sembelit juga boleh dikurangkan sekiranya ekstrak pandan diambil secara tetap dan kerap. Ini kerana daun pandan terbukti boleh agen penyahtoksik untuk tubuh badan anda. Caranya buat rebusan air pandan dan diminum.
Ekstrak daripada akar dan daun pandan juga mempunyai potensi sebagai terapi kanser. Kajian yang dilakukan pada tahun 2014 mendapati bahawa ekstrak pandan itu boleh membantu dalam mencegah kanser kerana ia sangat efektif dalam melawan kanser. Bagi mereka yang sudah menghida, kanser ekstrak daun pandan ini boleh dijadikan sebagai minuman tambahan semulajadi.
Untuk meningkatkan selera makan aroma daripada pandan juga dapat membantu. Oleh sebab itu secara tradisionalnya penggunaan daun pandan dalam makanan dan minuman seperti nasi lemak dan air sirap telah digunapakai.
Pandan juga boleh digabungkan dengan bahan semulajadi yang lain seperti jahe atau halia. Ia dapat mengurangkan masalah kekejangan perut dengan cara meminum air rebusan halia dan pandan tersebut tanpa atau dengan sedikit gula.
Penyakit gout juga boleh dikurangkan dengan penggunaan ekstrak daun pandan ini. Ia melawaskan kencing untuk mengurangkan uric asid dalam tubuh badan manusia.
Masalah kesihatan lain seperti demam panas juga boleh dikurangkan dengan pengambilan ekstrak pandan dengan cara meminumnya. Pengambilan ekstrak pandan dengan kekerapan yang wajar dapat membantu menurunkan suhu badan. ia tidak terhad kepada orang dewasa sahaja tetapi untuk kanak-kanak juga.
Daun pandan juga menjadi ejen detox semulajadi yang amat baik bentuk tubuh badan manusia. Detox atau penyahtoksik amat diperlukan dalam tubuh manusia. Pengambilan detox atau penyahtoksik secara semulajadi adalah lebih baik jika dibandingkan dengan detox atau penyahtoksik yang mengandungi campuran bahan-bahan bukan semula jadi.
Insomnia atau masalah susah tidur sering dialami lebih-lebih lagi untuk generasi sekarang ini. Akibat daripada tekanan hidup manusia akan berfikir dan terus berfikir sehingga mengalami masalah insomnia. Haruman minyak daun pandan dapat membantu mengatasi masalah insomnia ini.
Untuk rawatan kecantikan pula daun pandan mempunyai banyak fungsi. Diantaranya adalah campuran dan dan dan dan campuran semoga jadi yang lain untuk dijadikan mandian di dalam spa atau sauna. Hirisan daun pandan juga boleh dijadikan scrubbing untuk kecantikan dan kehalusan kulit wajah.
Masalah keguguran rambut dan kelemumur juga boleh diatasi. Masalah keguguran rambut yang dihadapi oleh golongan wanita atas sebab peningkatan usia dan pengurangan hormon juga boleh dihadapi oleh golongan lelaki. selain daripada mengamalkan ekstrak pandan sebagai minuman tambahan, pandan juga boleh di gabungkan dengan Aloe Vera untuk menjadi sapuan ke atas kulit kepala.
Dengan cara yang amat mudah, daun pandan perlu dikisar atau ditumbuk sehingga lumat untuk memudahkan cara pemakaian di kulit kepala.
Salah satu dari bahan semula jadi yang menjadi ejen penghalau nyamuk atau 'mosquito repellent' adalah pandan. Hirisan daun pandan yang disimpan di dalam bungkusan kain ataupun bekas yang terbuka akan menyebarkan aroma yang tidak disukai oleh nyamuk.
Daun pandan juga boleh digabungkan dengan hirisan daun serai bagi menguatkan lagi aroma yang terhasil sekaligus mampu memberikan kesan yang lebih baik untuk menghalau nyamuk.
Umum sedia maklum bahawa nyamuk adalah ejen membawa penyakit denggi yang amat berbahaya kepada manusia. Oleh itu pencegahan adalah amat penting bagi mengurangkan risiko penyakit denggi tersebut.
Bagi kaum wanita yang yang berpantang setelah melahirkan anak, minuman air pandan dapat menenangkan dan menstabilkan emosi bagi kaum ibu dan juga memberi tenaga.
Daun pandan adalah salah satu daripada bahan semulajadi yang mempunyai 1001 kegunaan. Selamat mencuba. — EdisiRakyat.com, 14 Disember 2020

إرسال تعليق