Senaman untuk hilangkan perut buncit, buang lemak di perut

PERUT buncit merupakan masalah yang dilalui oleh ramai orang terutamanya mereka yang berbadan gempal, wanita yang telah melahirkan dan para suami.



Melakukan senaman sahaja tidak cukup untuk menghilangkan perut buncit kerana ia memerlukan teknik yang betul yang memberi tekanan pada bahagian perut. Sesiapa yang biasa melakukan senaman pasti tahu bahawa lemak di  bahagian perut adalah sangat degil dan sukar dihapuskan.

Tidak seperti otot badan yang lain, abdomen perut memerlukan tekanan yang konsisten dan cara khusus untuk kembali mendapatkan struktur perut yang rata.

prut-buncit

Anda tidak boleh memfokuskan penurunan berat badan atau menghapus lemak pada sebahagian tubuh sahaja. Perkara utama yang perlu titik beratkan adalah melakukan aktiviti kardio untuk mendapatkan penurunan berat badan secara menyeluruh pada tubuh badan. Terdapat banyak cara senaman kardio yang boleh dirujuk di laman youtube untuk membantu anda.


Tetapi, bagi memfokuskan pada lemak di bahagian perut, senaman kardio boleh digabungkan dengan teknik-teknik dibawah untuk mengempiskan perut anda yang buncit.

1. Teknik cengkaman

Tidak diragui bahawa teknik cengkaman ini boleh membantu anda membakar lemak di bahagian perut anda. Apa yang mengujakan adalah teknik ini sangat mudah dan dapat dilakukan dimana-mana.

Caranya adalah, mula-mula berbaring di atas permukaan yang rata. Bengkokkan lutut dengan kaki di atas lantai. Letakkan tangan dibelakang kepala dan dekatkan lutut dan tangan ke dada seperti dalam gambarajah dalam kiraan 10 saat.

senaman

Kemudian balik kepada keadaan asal. Letakkan tangan di dibelakang kepala. Kemudian angkat kaki setinggi yang boleh tanpa membengkokkannya. 

Kemudian, balik ke posisi asal. Ini merupakan satu kitaran. Jika anda baru mula berjinak-jinak dengan senaman ini, lakukan dalam 10 kali dan tambahan bilangan mengikut kemampuan.


2. Putaran Cengkaman

Sekarang anda sudah mahir teknik cekaman jadi apa kata kita cuba pula sesuatu yang lebih sukar sedikit. Anda hanya boleh melakukan teknik ini selepas membiasakan diri dengan teknik senaman yang sebelum ini.

Anda boleh bermula dengan meletakkan pinggul anda di permukaan rata dan lutut dibengkokkan dengan kaki dia atas lantai. Kemudian pusingkan belah kanan anda ke kiri dan sisi kiri badan anda masih di atas permukaan lantai. Kemudian ulang langkah ini untuk pada sebelah kiri badan pula. Ulang siri langkah ini berulangkali mengikut kemampuan anda. Ini bertujuan untuk memberi tekanan pada abdomen di bagian sisi untuk menyingkirkan lemak yang terdapat di bahagian sisi perut.


3. Cengkaman berbalik

Anda mungkin merasa letih dengan teknik ini, tapi percayalah kepelbagaian teknik cantuman ini boleh membantu anda menghilangkan lemak di perut anda dan membuatkan anda berasa gembira apabila boleh memakai pakaian-pakaian lama anda yang tidak muat akibat perut membuncit.

Teknik cengkaman berbalik ini adalah kemuncak kepada teknik-teknik lain dan merupakan Antara teknik yang penting.Adakah andaa perasan, kadangkala orang yang berbadan kurus juga mempunyai lemak-lemak terselit di bahagian abdomen mereka.


Ini kerana teknik teknik senaman tradisional tidak memberi kesan kepada bahagian-bahagian tersorok seperti ini. Oleh sebab itu teknik senaman berbalik ini sangat penting.

Caranya juga lebih kurang sama dengan teknik cengkaman sebelum ini iaitu mula-mula, anda perlu berbaring di tempat yang rata dan meletakkan tangan di bahagian bawah kepala.

senaman-regangan

Kemudian, tinggikan sedikit bahagian kepala anda sambil membengkok lutut dan merapatkannya ke dada.

Lakukan ini dengan kerap, dan jika anda merasa sakit dan sedikit tegang, anda sedang melakukan senaman yang betul.


4. Cengkaman ala berbasikal

Jika anda memang ingin mencabar diri anda, teknik cengkaman seperti menaiki basikal ini merupakan teknik yang sesuai untuk anda. Ia memberi kesan yang sangat efektif yang mana senaman ini memberi impak yang sangat besar untuk memecahkan lemak di perut anda. 

Caranya adalah lebih kurang sama iaitu, mula-mula baring di atas lantai yang rata ataupun getah lapik supaya badan anda tidak merasa sakit.

Kemudian angkat kedua-dua belah kaki dan bengkokkan sambil mengangkat sedikit bahagian kepala dan badan.


Kemudian angkat sebelah kaki ke dada dan bengkokan bahagian badan secara bersilang persis anda sedang mengayuh basikal.

Lakukan selang seli dalam sela masa sepuluh saat setiap kaki seperti dalam gambarajah.

senaman-ala-berbasikal

5. Berlari

Jika anda merasa teknik regangan ini bukan minat dan pilihan anda Anda masih boleh mencuba teknik tradisional iaitu dengan cara berlari.

Waktu yang terbaik untuk berlari adalah ketika awal pagi semua anda pergi bekerja ataupun ke sekolah. Bangun lebih awal dan tetapkan masa anda untuk keluar. 


Tetapkan juga berapa jarak dan langkah yang anda ingin capai dan lakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang anda inginkan.

berlari-jogging

Zaman kini, ramai orang memilih untuk berlari di atas treadmill di rumah. Tidak ada apa yang salah pada cara ini tetapi adalah lebih baik untuk berlari di luar rumah kerana anda boleh mendapatkan udara yang segar dan melihat suasana lain agar tidak merasa bosan ketika melakukan aktiviti ini. — EdisiRakyat.com, 26 Novmbeer 2020 

Post a Comment

Previous Post Next Post