Restoran dan Gym tempat paling banyak kes Covid-19 — Kajian

OLEH kerana orang ramai gemar makan di restoran dan ke gym untuk bersenam, kajian terbaru menunjukkan bahawa kedua-dua tempat ini merupakan antara tempat paling banyak kes jangkitan Covid-19 di Amerika Syarikat.



Hasil kajian itu yang diterbitkan minggu ini dalam jurnal "Nature" seperti mengesahkan bahawa jangkitan Covid-19 paling kerap berlaku di tempat-tempat yang dianggap sebagai "penyebar super" (superspreader) seperti gym, restoran dan kafe, di mana orang ramai berada dalam lingkungan yang berdekatan antara satu sama lain untuk satu jangka masa yang lama.

Gym

Satu pasukan yang diketuai oleh penyelidik dari Stanford University telah mencipta model komputer yang mentafsir jangkitan Covid-19 di bandar-bandar utama termasuk Atlanta, New York, Chicago, Miami dan Los Angeles.

Mereka menjalankan kajian itu dengan cara menganalisis tiga faktor-faktor termasuk risiko jangkitan: di mana tumpuan orang ramai dalam hari-hari yang ditetapkan, berapa lama mereka berada di situ dan bagaimana orang ramai melawat satu tempat yang sama secara serentak.


"Kami mencipta satu model komputer untuk menganalisis bagaimana orang ramai dari latar belakang demografi berbeza, dan dari kejiranan berbeza, melawat jenis-jenis tempat berbeza yang sesak ataupun tidak"

"Berdasarkan semua ini kami boleh menjangkakan kebarangkalian jangkitan baru berlaku pada masa dan tempat tertentu," kata Jure Leskovec, penyelidik komputer dari Stamford dalam satu kenyataan.

Kajian itu juga disertai oleh para penyelidik dari Northwestern University.


Bagi menjalankan kajian itu para penyelidik memantau pergerakan 98 juta rakyat Amerika dari 10 bandaraya terbesar menerusi lebih 50 juta tempat-tempat berbeza termasuk gym, restoran, kedai kereta, dan kedai haiwan. — EdisiRakyat.com, 13 November 2020

Post a Comment

Previous Post Next Post