ADAKAH ada merasa curiga dengan pasangan? Mungkin anda merasakan berlaku perubahan dalam hubungan anda dengan 'si dia' tapi anda sendiri tak mampu mengesan apa sebenarnya berlaku. Tapi hati anda tentu ingin mengetahui sama ada pasangan selingkuh di belakang anda.
Jika anda merasakan pasangan anda menyembunyikan sesuatu ataupun mungkin merasakan dia tidak jujur, sebenarnya terdapat tanda-tanda atau perubahan dalam kelakuan.
Berikut antara 6 kelakuan yang boleh dikesan jika pasangan anda melakukan selingkuh tanpa pengetahuan anda.
1. Perubahan pada tingkah lakunya.
Jika pasangan anda tiba-tiba bertindak tidak seperti selalu, tentu ini membuatkan anda merasa curiga dan berfikir yang bukan-bukan dalam minda. Contohnya jika dia mula pulang lewat ke rumah dengan pelbagai alasan tugas yang berubah-ubah.
Atau mungkin pasangan anda mula sering keluar bekerja tiba-tiba tanpa memberitahu anda. Contoh lain ialah apabila dia menetapkan password baru untuk telefon bimbit dan email, atau mungkin menyembunyikan maklumat kewangan dan perbelanjaan.
Sifat atau kelakuan berahsia seperti ini biasanya dikaitkan dengan ketidak jujuran, dan kemungkinan besar si dia selingkuh di belakang anda. Maka tentu sekali anda perlu berhati-hati.
2. Perubahan sikap yang tidak dijangka
Apabila seseorang yang melakukan selingkuh di belakang pasangannya, sudah kehilangan alasan, dia akan tetap mencari alasan-alasan baru.
Kadangkala termasuklah memulakan pergaduhan dengan anda walaupun terhadap perkara-perkara remeh. Takkanlah kerana perkara remeh pun nak bergaduh betul tak? Itu sebenarnya alasan untuk keluar rumah dan boleh berjumpa dengan orang lain tanpa pengetahuan anda.
Orang seperti ini biasanya boleh berubah-ubah sikap dalam masa yang singkat. Mula-mula dia marah dan ajak anda bergaduh, seterusnya keluar rumah. Tapi apabila pulang semula ke rumah nanti dia kembali tenang seperti biasa macam tidak ada apa-apa yang berlaku.
3. Selalu memberikan hadiah 'surprise'
Walaupun kebanyakkan perempuan suka dengan hadiah tanpa dijangka (surprise gift), tapi jangan terlalu suka jika pasangan anda tiba-tiba selalu memberikan hadiah hadiah tanpa dijangka walaupun bukan di waktu hari jadi atau ulang tahun perkahwinan anda.
Itu mungkin petanda ada sesuatu yang tidak kena. Ramai orang merasa bersalah apabila melakukan perbuatan curang atau selingkuh, sebagai cara untuk 'menebus dosa' kepada dirinya sendiri dia akan membelikan hadiah-hadiah tertentu untuk pasangannya sebagai pampasan.
Terutama apabila dia beberapa kali membatalkan rancangan untuk keluar bersama anda tanpa alasan yang munasabah, jadi pembelian hadiah itu kononnya sebagai tanda memohon maaf.
Maka jika pasangan anda asyik membelikan barangan kemas ataupun menghadiahkan anda kuntuman bunga tanpa alasan yang jelas, sudah sampai masanya anda bertanya kepada dia apa sebenarnya sebab dan alasan si dia tiba-tiba sering memberikan hadiah untuk anda.
4. Habiskan terlalu banyak masa di media sosial
Jika anda menyaksikan perubahan pasangan anda yang nampak begitu asyik dan sepertinya mustahil untuk pisahkan dia dengan Facebook dan WhatsApp, anda perlu bertanya kepadanya.
Sejak kebelakangan ini selalu kita lihat ramai pasangan yang 'kantoi' curang menerusi media sosial. Jika naluri anda merasakan sesuatu perasaan curiga dengan rakan-rakan Facebook pasangan anda, anda perlulah mula menyiasat ataupun terus sahaja bertanya kepadanya secara tenang dan rasional.
5. Dia selalu habiskan banyak masa tanpa anda dan anak-anak.
Jika anda merasakan bahawa pasangan anda nampaknya kurang menghabiskan masa dengan anda dan anak-anak, lebih-lebih lagi jika sebelum ini kelakuannya tidak begitu, ini petanda yang agak jelas dia sedang menyembunyikan sesuatu.
Ini juga mungkin petanda bahawa pasangan anda merasakan masa hariannya tidak cukup untuk memberi tumpuan kepada keluarga, kerja dan pasangan 'rahsia'
6. Pasangan anda tiba-tiba ubah penampilan diri
Biasanya seseorang akan menjaga penampilan diri ketika awal hubungan. Namun lama-kelamaan dia mula malas untuk menghias diri. Ini perkara normal, tapi jika pasangan anda biasanya dilihat tidak suka 'berkemas' tapi tiba-tiba seringkali keluar dengan pakaian cantik dan 'smart' terutama bila keluar sendirian, faham-faham saya tidak tentu ada sesuatu yang tidak kena dan anda perlu berhati-hati. — EdisiRakyat.com, 13 November 2020
Post a Comment