SETIAP orang pasti pernah mengalami masalah stress dan depresi. gejala ini kadangkala hanya berlaku sekejap tapi jika ia berlarutan pasti ada sesuatu yang perlu dielakkan.
Masalah depresi ini menjadi sesuatu yang sangat umum di kalangan masyarakat kini. you sama ada disebabkan oleh keadaan masa kini yang menyebabkan depresi ataupun kesedaran individu untuk mendapatkan rawatan di hospital semakin meningkat single lebih ramai yang didiagnos menghidap depresi.
Apa yang pasti, semakin ramai orang mula mengambil ubat anti depresi pada zaman sekarang berbanding dahulu. Terdapat kontroversi yang berlaku mengenai keberkesanan ubat anti depresi. Keberkesanannya diragukan kerana hanya efektif pada setengah orang manakala bagi setengah mereka, pengambilan ubat anti depresi tidak membantu apa pun malah kadang-kadang menjadikan simptom depresi lebih teruk.
Terdapat banyak penyebab dan punca depresi. Ada antara penyebab depresi yang jelas dan ada penyebab depresi yang diluar jangkaan iaitu:
1. Pengambilan terlalu banyak karbohidrat
Pengambilan karbohidrat untuk mendapatkan keseimbangan dalam pemakanan adalah penting. Kebiasaannya kita mendengar nasihat tentang pengambilan karbonhidrat ini apabila dalam proses menguruskan berat badan. Pengambilan karbohidrat dari sumber makanan semulajadi seperti dalam nasi, roti dan buahan-buahan bukanlah suatu masalah, tetapi tahukah anda bahawa pengambilan karbohidrat yang berlebihan dalam makanan yang diproses itu boleh menyumbang kepada masalah depresi.
Makanan makanan yang mengandungi karbohidrat yang diproses adalah seperti roti biskut keripik dan soda yang mana makanan-makanan ini mungkin membuatkan anda berasa santai tapi mungkin akan mempengaruhi mood anda kelak.
2. Mereka yang berkerja dalam bidang pengurusan
Terdapat banyak pekerjaan yang menyumbang kepada stress. Ada juga pekerjaan yang berbahaya, yang berisiko dan menjadi masalah pada sesetengah orang tetapi dalam konteks ini kita berbicara tentang pekerjaan yang tidak dianggap berbahaya seperti dalam bidang pengurusan, tetapi banyak menyebabkan stress dan tekanan kerana kedudukan mereka sendiri sebagai orang pertengahan sesebuah organisasi.
Kadang-kala mereka yang bekerja di bahagian pengurusan ini mudah tertekan dan kadang-kadang buntu kerana perjalanan suatu perusahaan koperat itu sendiri kerana mereka berperanan melancarkan operasi syarikat.
3. Masalah thyroid
Tubuh badan kita menghasilkan pelbagai hormon untuk memangkin kelancaran fungsi bahagian tertentu tubuh badan. Kepentingan hormon ini dan bagaimana mereka mempengaruhi mood kita tidak boleh dijelaskan secara menyeluruh.
Thyroid adalah salah kelenjar di bahagian depan leher yang sangat penting untuk menghasilkan hormon. Ia akan menjadi masalah jika tiroid menghasilkan hormon yang berlebihan ataupun berkurangan kerana ia boleh menyebabkan beberapa gangguan sistem tubuh badan termasuk menyumbang kepada masalah depresi
dan anxiety.
Mereka yang mengalami masalah hormon tiroid ini menyebabkan gangguan pernafasan, jantung berdebar, menggeletar, rasa panas, cepat marah, mudah berpeluh dan beberapa tanda lain.
Walaupun beberapa kajian masih dijalankan untuk mengetahui apakah kaitan gangguan hormon tiroid ini dengan masalah emosi, ia diyakini bahawa rawatan tiroid mungkin efektif untuk merawat pesakit yang mempunyai masalah depresi berbanding pengambilan ubat anti depresi.
4. Terdedah kepada berita yang tidak bermanfaat
Tidak didapat dinafikan bahawa kebanyakan berita yang disampaikan kepada kita hari ini melalui kaca televisyen ataupun sumber-sumber lain tidak begitu memberangsangkan, tidak berkualiti dan kadangkala membuatkan kita rungsing.
Berita berita berita terusan mengenai keadaan dunia sekarang yang kacau bilau dengan peperangan, masalah pandemik dan juga bencana alam semuanya terus sampai kepada kita kerana era teknologi yang semakin canggih tanpa tiada satu pun yang kita ketinggalan.
dalam satu kajian menunjukkan bahawa berita yang disampaikan kepada kita adalah dalam nisbah 17 berita buruk kepada 1 cerita yang baik. Semua penyebaran berita yang buruk ini dan dibaca oleh kita memberi impak negatif, aura negatif dan mampu mempengaruhi mood kita seharian.
5. Sosial Media
Pada zaman kini tiada siapa yang ketinggalan mempunyai laman sosial sendiri seperti Facebook, Instagram Twitter.
Boleh dikatakan kebanyakan dari kita banyak menghabiskan masa melayari media sosial. tidak dapat dinafikan bahawa ini adalah cara yang baik untuk terus berhubung dengan teman mengetahui isu semasa dan mendapatkan info-info yang baik melalui media sosial.
Ia mula menjadi masalah apabila kita mula hilang kawalan diri kerana terlalu banyak waktu untuk menilai kehidupan orang lain yang lebih sempurna sehingga merasakan diri kita serba kekurangan dan mula membandingkan diri kita dengan orang lain.
Ini mula membuatkan kita berasa iri hati, stress, murung dan menimbulkan perkara-perkara yang tidak baik seperti pergaduhan dengan pasangan kerana ketidakmampuan untuk bermewah-mewahan seperti sahabat yang lain, sangka buruk dan macam-macam lagi.
Apa yang penting buat kita semua adalah berhati-hati dengan setiap perkara yang boleh menyumbang kepada depresi kerana semuanya bermula daripada apa yang kita fikirkan dan cara kita berfikir.
Tiada siapa yang boleh merawat masalah depresi dengan bantuan orang lain melainkan dia sendiri ingin berubah, belajar mengenali diri sendiri, belajar mengelakkan perkara-perkara yang boleh menyumbang kepada depresi, berhenti membandingkan diri dengan orang lain, mengawal cara dia berfikir, berusaha menaikkan potensi diri, tidak berputus asa dan sentiasa bersyukur.
Orang yang bahagia adalah orang yang selalu mencari sebab untuk bersyukur dan yakinlah bahawa kita adalah apa yang kita fikir. — EdisiRakyat.com, 29 November 2020
إرسال تعليق