Kucing ini pelihara anjing dari usia 8 minggu hingga dewasa

PEPATAH "bagaikan anjing dengan kucing," merujuk kepada dua pihak atau individu yang sentiasa berbalah dan tidak mungkin berdamai nampaknya tidak begitu tepat.


Banyak bukti menunjukkan kedua-dua haiwan itu sememangnya boleh bersama dan berbaik-baik. 

Satu lagi kisah yang menjadi viral baru-baru ini di media sosial, ialah seekor ibu kucing yang membesarkan seekor anak anjing dari usia 8 minggu sehingga 'anak angkatnya' itu mencapai dewasa.

Kucing bela anjing

Pemilik kedua-dua haiwan itu berkata, rutin harian ibu kucing yang penyayang bernama Alfredo itu sebelum tidur setiap malam, ialah menjilat kepala anak angkatnya seekor anjing yang diberi nama Pic.

Video rakaman Alfredo mencurahkan kasih sayang dengan menjilat kepala Pic sebelum tidur turut dimuat naik menerusi Media Sosial reddit.


"Alfredo (kucing) membesarkan Pic (anjing) sejak ia berusia 8 minggu. Mereka lakukan begini setiap malam sebelum tidur," tulisnya sebagai caption video berkenaan.

Rakaman itu menunjukkan bagaimana Alfredo seolah-olah membelai kepala Pic yang berbaring di sebelahnya, sambil matanya hampir tertutup menikmati kasih sayang dari ibu angkatnya itu. — EdisiRakyat.com, 15 November 2020


Post a Comment

أحدث أقدم