Cara solat sunat wuduk dan fadhilatnya

SOLAT sunat wudhu adalah solat sunat 2 rakaat yang dilakukan selepas berwuduk sebelum melakukan solat wajib dan solat sunat yang lain. Menurut Imam Ramli yang tercatat dalam Syarah Zubad Al-Ramli halaman 48, " Dan kedua rakaat  solat wuduk terhasil dengan solat fardhu atau solat sunat yang lain sebanyak dua rakaat atau lebih sama seperti dua rakaat tahiyatul masjid."



Cara melakukan solat sunat wuduk:

Solat sunat wuduk ditunaikan dua rakaat dengan lafaz niat:

niat-solat-sunat-wudhu

Hukumnya adalah sunat seperti yang disyariatkan berdasarkan beberapa nas dan hadis.

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, pada suatu masa dahulu ketika waktu subuh, Rasulullah S.A.W  pernah bertanya kepada Bilal, " Wahai Bilal! Ceritakanlah kepadaku apakah amalan yang engkau telah lakukan dalam Islam sehingga Aku mendengar bunyi tapak kaki mu di dalam syurga?'


Kata Bilal, "Aku tidak melakukan sesuatu amalan yang sangat aku harapkan pahalanya melainkan setiap kali aku selesai berwudhu sama ada pada waktu malam ataupun siang, aku pasti akan bersolat dengan wuduk itu seperti yang dianjurkan kepadaku untuk melakukan solat sunat wuduk.'(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

solat-sunat

Waktu perlaksanaan solat ini menjadi perbahasan. Ada sebahagian ulama berpendapat adalah ia perlu dilakukan sejurus selepas mengangkat wudhu manakala sebahagian ulama mempunyai pendapatan yang lain. 

Menurut Syeikh Al-Nasyiri, solat sunat wuduk terluput jika tempoh antara mengambil wuduk dengan tempoh melaksanakannnya terlalu panjang. Manakala sebahagian ulama yang lain berpendapat waktu solat sunat wudhu itu tidak luput selagi mana dalam keadaan wuduk dan tidak berhadas dan pendapat ini lebih banyak digunakan kerana masih dalam wudhu'.


Fadhilat solat sunat wudhu

Sunat wuduk ini mempunyai fadhilat tertentu seperti yang terdapat dalam riwayat yang sahih dengan syarat seseorang itu menghadapkan sepenuh hati dan wajahnya kerana Allah.

1. Dimasukkan ke dalam syurga

Daripada 'Uqbah bin 'Amir:

"Kami pernah bertugas mengembala unta. Apabila tiba giliranku, aku merehatkan gembalaku. Ketika itu, aku melihat Rasulullah S.A.W sedang berdiri dan bercakap dengan beberapa orang. Aku pun turut mendengar sebahagian perkataan baginda, 'Tidaklah seorang muslim berwuduk dengan sebaik-baiknya lalu dia solat dua rakaat dengan menghadirkan hati dan menghadapkan wajahnya (dengan khusyuk) melainkan dia akan masuk syurga.(Riwayat Abu Daud-(906))


'Uqbah bercerita lagi:

"Lalu aku berkata, 'Maka aku benar-benar sangat beruntung'. Tiba-tiba seseorang dibelakangku berkata, "Yang sebelumnya bahkan lebih baik lagi." Maka aku menoleh kepadanya dan ternyata orang itu Umar. Dia berkata, "sesungguhnya aku melihat kamu datang tadi." Umar berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Tidaklah salah seorang antara kamu berwuduk dan menyempurnakan wuduknya kemudian mengucapkan,

doa-selepas-wudhu

Ertinya: 'Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang berhak disembah dengan sebenarnya) selain Allah dan Muhammad adalah hamba serta rasul-nya melainkan akan dibukakan baginya lapan lapan pintu syurga dia boleh memasuki mana-mana pintu yang dikehendaki. (Riwayat Muslim)

2. Diampunkan dosa

Dalam satu Riwayat al- Bukhari dalam muslim, Rasulullah S.A.W bersabda:

"Sesiapa berwuduk seperti aku berwudhu lalu mengerjakan solat dua rakaat yang dia tidak berbicara kepada dirinya sendiri pada kedua-duanya,nescaya dosa-dosanya yang lalu akan diampuni."

Hadis ini menunjukkan bahawa disunatkan solat dua rakaat setelah berwuduk dan apa yang penting adalah menghadirkan hati dengan khusyuk dan tidak berbicara dengan diri sendiri yang menimbulkan kelalaian.


Setiap orang pasti mengharapkan solat yang baik dan amalan yang diterima. Manusia kadangkala tidak dapat lari dari lintasan hati dan rasa tidak khusyuk. Tetapi janganlah menjadikan ini alasan untuk meninggikan solat kerana kita sebagai hamba perlu berusaha melakukan yang terbaik dan selebihnya adalah berserah kepada Allah kerana dia Maha tahu apa yang ada dalam hati kita.

Semoga amalan kita diterima dan kita berada dalam rahmat dan keredhaanNya. Wallahualam.  — EdisiRakyat.com, 5 Oktober 2020 

Post a Comment

أحدث أقدم