Bengkak kelenjar leher? Ketahui simptom penyakit hormon tiroid

KELENJAR tiroid adalah sejenis kelenjar berbentuk rama-rama, terletak di bahagian depan leher dan mempunyai peranan sangat penting pada tubuh badan kita.



Tiroid berperanan menghasilkan hormon untuk memangkin fungsi metabolisme tubuh tubuh dan mengawal bagaimana hormon lain pada badan berinteraksi.

Masalah tiroid ini selalunya menyebabkan masalah yang lebih serius dan jika tidak di ambil perhatian dan dirawat boleh menyebabkan komplikasi yang membahayakan keselamatan kita.

kelenjar-tiroid

Jika ada pembengkakan di leher atau anda mengesyaki diri anda mempunyai masalah tiroid, ia tidak boleh dibiarkan.

Terdapat tanda-tanda dan simptom yang boleh menjadi petunjuk bahawa kelenjar tiroid anda tidak berfungsi dengan baik.

1. Merasa terlalu letih

Memandangkan tiroid menghasilkan hormon yang membantu kelancaran fungsi tubuh, kelebihan yang tidak dapat dijelaskan menunjukkan simptom yang paling biasa kepada masalah tiroid.


Keletihan itu sesuatu yang normal lebih-lebih lagi jika anda merasa letih di penghujung hari setelah mengalami satu hari yang sibuk. Jika anda mengalami keletihan pada awal hari, selepas makan ataupun secara tiba-tiba ia mungkin boleh menjadi petanda bahawa terdapat gangguan pada fungsi tiroid anda.

2. Masalah pencernaan

Bagi mereka yang normal, sistem pencernaan biasanya bertindak balas dengan baik pada hormon yang dihasilkan oleh tiroid.

sembelit

Tetapi terdapat dua jenis masalah gangguan hormon tiroid yang dipanggil hyperthyroidism yang mana hormon tiroid berlebihan di hasilkan dan hypothyroidism pula adalah kekurangan hormon tiroid.

Mereka yang mengalami masalah hyperthyroidism mungkin akan mengalami sembelit manakala mereka yang kekurangan hormon tiroid mungkin akan mengalami masalah cirit-birit. Perut berangin dan kembung yang berlarutan mungkin menjadi petanda kelenjar tiroid anda tidak berfungsi dengan baik.

3. Perubahan berat badan

Kebiasaannya, setiap orang pasti akan sedar jika tubuh badan mereka mengalami penurunan ataupun kenaikan berat badan. Mereka yang mengalami hypothyrodism, biasanya mengalami penambahan berat badan walaupun pola pemakanan anda masih sama.


Bagi orang yang berbadan gempal, penurunan berat badan secara tiba-tiba pasti sesuatu yang diidam-idamkan tetapi jangan pula berasa gembira kerana ini mungkin disebabkan anda mengalami hyperthyrodism dan jika ia dibiarkan ia boleh memangkin kepada masalah kesihatan yang lebih serius jika tidak dirawat segera.

4. Masalah pernafasan

Masalah pernafasan boleh menjadi petanda kepada gangguan fungsi tiroid dan ini biasanya berlaku apabila anda makan makanan tertentu. 

TAG

Makanan yang mempunyai ciri goitogren dimana zat goitrogen ini akan mengganggu kerja kelenjar tiroid yang bertugas memproduksi hormon tiroid dan ini akan menyebabkan sel-sel itu membesar hingga menjadi bengkak dan menyebabkan fungsi tiroid menjadi perlahan dan mengganggu pernafasan.

Antara makanan yang mempunyai sifat goitrogen adalah brokoli, kobis, lobak, bayam, sawi, kacang tanah dan beberapa makanan lain.

5. Masalah depresi

Ramai orang tidak menyangka bahawa depresi juga disebabkan oleh gangguan fungsi tiroid yang mana hormon yang dihasilkan oleh tiroid ini menyumbang kepada banyak fungsi tubuh termasuklah membantu fungsi otak.


Depresi yang berlaku lebih-lebih lagi bersama dengan simptom-simpton lain perlulah dirujuk ke doktor untuk dipastikan sama ada ia disebabkan oleh tiroid ataupun bukan.

6. Goiter

Goiter adalah gelaran diberikan untuk menjelaskan tentang pembesaran atau pembengkakan kelenjar tiroid. Goiter selalunya disedari jika berlakunya pembengkakkan di leher dan menyebabkan simptom seperti kesakitan ketika menelan, merasa tekak sempit dan juga suara menjadi serak.

TAG

Goiter ini disebabkan oleh penyakit gangguan tiroid yang dikenali sebagai Penyakit Graves atau Penyakit Hashimato.

7. Detak jantung

Tanda yang biasa berlaku jika anda mengalami masalah fungsi tiroid adalah peningkatan degupan jantung. Ini adalah kesan daripada hyperthyroidism yang mana tahap hormon tiroid yang lebih tinggi daripada biasa meningkatkan sistem metabolisme.


Denyutan jantung yang cepat dalam jangka masa yang panjang perlu diambil perhatian kerana boleh mengancam nyawa.

8. Mengganggu emosi

Setiap orang mengalami perubahan emosi dari masa ke semasa dan ia adalah normal. tetapi perubahan mood yang terlalu kerap dan tidak dapat dikawal itu mungkin menjadi petanda kepada masalah tiroid. 

masalah-emosi

Hormon yang terhasil boleh memberi impak kepada emosi dan ini menjadi petanda kepada anda supaya membuat pemeriksaan untuk melihat sama ada hormon tiroid anda adalah normal ataupun tidak.

9. Hilang selera makan

Kebiasaannya tanda-tanda awal masalah tiroid adalah hilang selera makan. Pasti anda merasakan masalah hilang selera makan ini sesuatu yang nampak biasa dan kadangkala bagus bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan.


Tetapi awas kerana takut-takut ia adalah gangguan fungsi tiroid dan jika dibiarkan dekat ditakuti ia boleh membahayakan anda. Anda pasti tidak mahu berat badan anda turun dengan keadaan anda tidak sihat.

10. Kitaran haid tidak teratur

Kitaran haid menjadi tidak teratur boleh menjadi petanda kepada masalah hormon tiroid yang tidak normal.

Terdapat beberapa keadaan yang boleh terjadi disebabkan oleh gangguan fungsi tiroid antaranya ialah haid anda mungkin berhenti sepenuhnya, menjadi lebih sedikit ataupun lebih banyak.

TAG

Ketidakseimbangan hormon sehingga mengganggu kitaran haid anda pasti menimbulkan kebimbangan lebih-lebih lagi bagi mereka yang belum berkahwin atau belum pernah melahirkan anak.

Jika anda mengalami simptom-simptom ini, pastikan anda segera ke klinik berhampiran untuk mendapatkan pemeriksaan kerana pencegahan lebih awal adalah yang terbaik demi keselamatan diri anda. — EdisiRakyat.com, 29 November 2020 

Post a Comment

أحدث أقدم