SEORANG selebriti 'kecergasan' di media sosial yang selama ini tidak mempercayai kewujudan coronavirus, akhirnya meninggal dunia selepas dijangkiti wabak itu dalam satu lawatan ke Turki.
Dmitriy Stuzhuk, 33 pada awalnya telah dibenarkan keluar dari hospital namun dikejarkan kembali untuk mendapatkan rawatan selepas keadaan kesihatannya bertambah buruk.
Di kalangan lebih 1 juta pengikut dia kelihatan sangat cergas kerana sentiasa mempromosikan aktiviti sukan dan gaya hidup yang sihat.
Kematiannya diumumkan oleh bekas isterinya yang juga merupakan ibu kepada tiga orang anaknya, Sofia Stuzhuk, 25.
Menurut isterinya Dmitriy mengalami komplikasi jantung selepas dijangkiti oleh coronavirus.
Dmitriy sebelum Ini dikatakan tidak percaya dengan kewujudan virus pembawa maut Covid-19.
"Saya merupakan salah seorang dari mereka yang menyangka Covid tidak wujud, sehinggalah saya sendiri jatuh sakit,"
"Covid-19 bukan sejenis sakit yang sementara! Dan ia sangatlah berat," katanya kepada para peminat.
Katanya dia bangun tidur di Turki dalam keadaan leher yang membengkak dan sukar untuk bernafas.
Semasa di Ukraine, dia telah disahkan positif dan dimasukkan ke hospital.
"Hospital itu sangat sesak dengan orang ramai, sebahagian mereka dirawat di koridor," tulisnya.
Dmitriy turut mengirimkan gambar dirinya yang memerlukan bantuan alat pernafasan. — EdisiRakyat.com, 19 Oktober 2020
Post a Comment