PROTON Holding Berhad telah pun mengesahkan bahawa sejumlah 49 kakitangannya yang menjalani ujian saringan didapati positif Covid-19, susulan salah seorang pekerja yang disahkan positif pada 14 Oktober lalu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Proton mengesahkan bahawa kesemua 49 orang kakitangan itu dari jabatan kejuruteraan di Shah Alam Selangor.
"Buat masa ini syarikat telah meminta kesemua kakitangan yang kurang penting dari fasiliti yang terkesan untuk menjalankan tugas dari rumah sebagai langkah pencegahan,"
"Syarikat yang sememangnya mematuhi protokol rasmi akan terus menyambung usahanya dengan tindakan yang lebih ketat bagi mencegah jangkitan lanjut," katanya.
Menurut Proton, proses mengesan kontak sedang dijalankan, tambahnya lagi ia telah mewujudkan satu pasukan khas Covid-19 untuk memantau situasi.
Menurut syarikat automobil itu lagi, Pusat Pameran dan Servis Proton di Shah Alam menjalani proses sanitasi setiap sejam dan kesemua kakitangan yang ber hadapan dengan pelanggan mengikut prosedur yang tegas.
"Proton bekerjasama dengan pihak berkuasa dan berpuas hati dengan tindakan-tindakan yang diambil setakat ini,"
"Keselamatan semua kakitangan Proton, pelanggan dan rakyat Malaysia adalah paling penting kepada Syarikat dan akan menjadi keutamaan," tambahnya. — EdisiRakyat.com, 19 Oktober 2020
Post a Comment