ANXIETY disorder atau lebih dikenali sebagai kecelaruan merupakan kebimbangan berlebihan yang mencetuskan kecemasan. Ia bukan sesuatu yang ada di dalam kepala anda yang boleh dikesan seumpama mengesan suhu badan dengan termometer kerana ia melibatkan gangguan kesihatan mental.
Melalui beberapa penilaian oleh pakar perubatan boleh menentukan anda sedang mengalami anxiety ataupun tidak lebih-lebih lagi kita di dalam keadaan global pandemik yang sangat membimbingkan yang mungkin memberi kesan kepada emosi ramai orang.
'Anxiety disoder' adalah penyakit gangguan mental yang merupakan masalah kesihatan kedua terbesar rakyat Malaysia menjelang tahun 2020 selepas penyakit jantung.
Menurut kajian morbiditi kesihatan kebangsaan pada 2018, tiga daripada 10 orang dewasa berusia lebih 16 tahun menderita pelbagai isu kesihatan mental.
Terdapat pelbagai simptom anxiety.
Antaranya ialah:
1)Generalized Anxiety Disoder (GAD) atau dikenali sebagai kecelaruan keresahan menyeluruh yang mana ia menyebabkan penghidapnya merasa kebimbangan melampau yang selalunya tidak rasional tentang hal biasa yang sepatutnya tidak perlu dibimbangkan.
Kebimbangan melampau mengganggu fungsi harian yang mana penderitanya sentiasa menjangkakan bencana dan terlalu bimbang tentang hal-hal seharian seperti masalah kesihatan, kewangan, kematian, masalah keluarga masalah ataupun kerja sehingga menyebabkan mereka menjadi lesu, hilang fokus, insomnia, kebas kaki tangan, loya, mual, sesak nafas dan pelbagai lagi.
Anda pernah melalui ini? Adakah anda penghidap anxiety disoder?
Jawapannya mungkin. Tetapi jangan keliru dengan kerisauan dan kebimbangan melampau. Kerisauan memang sesuatu perkara yang normal dan dapat dikawal tetapi anxiety perlukan rawatan.
Kerisauan hanya sesuatu yang difikirkan tetapi jika anda menghidap anxiety, kesannya boleh dirasai melalui tubuh badan. Kerisauan adalah melibatkan sesuatu perkara yang spesifik contohnya risau tertinggal bas tetapi penghidap anxiety risau pada perkara umum contohnya risau untuk memulakan perjalanan.
Kerisauan selalunya dapat diselesaikan dengan cepat tetapi anxiety tidak. Kerisauan selalunya tidak berlarutan tetapi anxiety berlarutan dan mempengaruhi kehidupan dalam jangka masa panjang.
2) Kecelaruan obsesif-kompulsif (OCD)
Kecelaruan obsesif-kompulsif atau dikenali sebagai OCD ditandai dengan pemikiran dan perbuatan yang berulang-ulang. Ini disebabkan kepercayaan bahawa jika tidak dilaksanakan dengan baik, suatu yang buruk mungkin berlaku contohnya membasuh, membersihkan dan mengira berulang kali sehingga keraguan itu hilang.
Punca OCD tidak diketahui dan ada kecenderungan ia disebabkan oleh masalah tertentu neurotransmitter terutama sekali serotonin dan gen mutasi yang mungkin mempengaruhi OCD.
3) Serangan panik
Ia ditandai dengan keadaan ketakutan melampau sehingga menyebabkan sakit dada, dada berdebar, rasa tercekik, sesak nafas dan pitam.
4) Kecelaruan stres pasca trauma (PTSD)
Kecederaan stress pasca trauma merupakan gangguan kecemasan yang disebabkan oleh keadaan tertentu yang menyebabkan trauma seperti kemalangan jalanraya, gangguan seksual, penderaan, kemalangan jiwa bencana alam, apeperangan dan pelbagai lagi.
Keadaan ini perlu dirawat kerana boleh membahayakan diri sendiri dan boleh merosakkan potensi diri secara fizikal seksual ataupun psikologi individu tersebut.
5) Kecelaruan sosial
Kecelaruan sosial adalah satu keadaan di mana perasaan celaru timbul apabila perlu melakukan aktiviti bersosial seperti berurusan di bank, melakukan pembentangan, memulakan perbualan, makan di depan orang lain dan pelbagai aktiviti yang melibatkan hubungan dengan orang lain. Keadaan ini disebabkan kerisauan melampauan ada penilaian orang lain.>Bagaimana anda boleh merawat anxiety?
1) Teknik 54321
Teknik ini memerlukan anda menggunakan minda sedar anda. Caranya, mula-mula kenal pasti 5 benda yang anda boleh lihat, Kemudian 4 benda yang boleh anda dengar, tiga benda yang boleh anda rasa, dua benda yang boleh anda bau dan satu benda yang boleh anda rasa. Ini membantu anda mengubah perhatian anda pada perkara dan cara yang terbaik untuk menukar fokus fikiran yang mengganggu anda kepada perkara lain.
2) Rancangan 3×30
Ini memerlukan anda melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama sekurang-kurangnya 30 minit. Anda boleh melakukan senaman yoga menari berjalan kaki atau pun mengikuti aktiviti senaman di laman sesawang yang boleh dicari di internet. Ini dapat membantu membuat anda relaks dan mengurangkan masalah cemas.
3) Teknik pernafasan
Luangkan masa setiap hari untuk melakukan teknik pernafasan dan menenangkan minda anda. Anda digalakkan melakukan aktiviti pernafasan ini di kawasan riadah yang boleh membantu anda relaks. Ia juga boleh dilakukan dirumah sambil memasang wangian lavender atau musik yang menenangkan.
Pejamkan mata dan fokus pada pernafasan anda dengan teknik yang betul. Anda boleh belajar teknik pernafasan yang betul untuk penghidap cemas dan anxiety di laman sosial.
4) Buat catatan
Ambil masa 15 hingga 30 minit setiap hari untuk mengenal pasti apa yang membuatkan anda berasa risau dan tuliskan ia. Anda mampu sembuh jika anda berjaya mengatasi ketakutan anda.
Cabar diri anda untuk mengatasi satu ketakutan setiap hari. Jika anda gagal hari ini jangan berputus asa untuk mencuba.
5) Bangun setiap hari dan ucapkan kata-kata positif
Pesakit anxiety pasti boleh sembuh jika mereka berjaya mengeluarkan kekuatan dalam diri sendiri. Bangunlah setiap hari dan ucapkan kata-kata positif kepada diri anda dan lihatlah dunia di jendela sambil mengucapkan syukur kerana jika anda renung keindahan alam, pasti anda akan sedar masih banyak perkara yang menanti anda di luar sana.
Katakan pada diri anda bahawa, anda sihat dan anda akan bahagia berulang kali.
6) Alihkan perhatian dan cari hobi baru
Anda akan berasa lebih bersemangat jika anda mampu mengalihkan fokus anda daripada segala ketidakselesaan dan perasaan tidak sihat setiap hari dan cuba mencari kelainan dalam hidup anda.
Setiap kali anda merasa tidak nyaman, terus katakan pada diri anda bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan dan cuba fokus kepada hobi anda. Anda akan merasa lebih tenang dan cepat sembuh jika anda mampu ikhlas, pasrah dan bergembira dengan rasa tidak nyaman di tubuh kerana anxiety ini bukanlah seperti penyakit kronik yang mampu membahayakan anda. Berdamailah dengan minda dan diri anda untuk merasa lebih semangat dan tenang.
7) Mencari video-video motivasi dan cara melawan cemas di laman sesawang
Bagi pesakit anxiety, anda sentiasa memerlukan kata-kata semangat untuk kekal positif setiap hari. Terdapat banyak video di laman YouTube yang dapat membantu anda mengatasi kecelaruan dan cemas yang sangat efektif untuk membantu anda melawan penyakit anda.
Antara video yang bagus adalah yang dikongsikan oleh saudara Jimmy K Santosa yang mana boleh didapati di saluran YouTube beliau.
8) Dekatkan diri pada Allah
Setiap kesakitan itu penyembuhannya dari Allah. Pesakit anxiety selalu berdepan masalah di mana orang sekeliling tidak memahami apa yang mereka lalui. Tanyakan pada diri anda, siapa yang anda rasa paling tahu apa anda lalui di saat ini. Pastinya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang.
Perbanyakkan zikir istighfar, dan bangun malam solat tahajjud, insyaallah ini dapat membantu pesakit anxiety untuk sembuh dan lebih tenang.
Salah satu zikir yang boleh diamalkan pesakit anxiety adalah:
Ambil peluang ini untuk memperbaiki diri, menjadi lebih baik. Bagi pesakit anxiety, jika anda mampu menjadikan Al-Quran, dan solat malam sebagai sahabat, insyaallah ada akan temui penawar dan hikmah disebalik ujian ini.
Sebagai umat Islam, kita dituntut menjaga solat lima waktu, menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan demi keselamatan kita di dunia dan akhirat.
9) Menggunakan wangian dari bahan semulajadi (Essential oil)
Penggunaan minyak wangi aromaterapi dari bahan semulajadi dikatakan sangat membantu penghidap anxiety memperolehi ketenangan dan meredakan perasaan.
Terdapat kajian di mana penggunaan wangian dari aroma oren mengurangkan kebimbangan, dan memberikan mood yang baik usai bangun tidur.
Bagi penghidap anxiety mahupun insomnia, terdapat satu kajian yang dijalankan oleh Robert Tisserand, pakar aromaterapi yang mana penggunaan bau-bauan seperti lavendar, tea-tree, marjoram, oren dan beberapa bauan lain membantu merangsang rasa mengantuk dan tenang.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu penghidap kecelaruan lebih tenang dan cepat sembuh. Usaha dan terus berdoa dengan penuh keyakinan bahawa anda pasti sembuh.. — EdisiRakyat.com, 16 Oktober 2020
Sumber: Ustazah Asma' Harun
Post a Comment