ALAM pekerjaan adalah satu alam yang sangat mencabar dimana persaingan begitu sengit untuk menunjukkan kebolehan diri demi mendapat kedudukan yang baik dan kejayaan.
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan lambakan tenaga kerja, pastinya bukan mudah untuk anda memajukan diri ke satu tahap dan membuat anda dilihat sebagai seorang yang sangat bernilai.
Untuk berjaya dalam pekerjaan, apa kata anda cuba tips-tips ini.
1) Sentiasa Positif
Dalam setiap apa yang anda lakukan perkara utama yang perlu ada dalam diri anda adalah sikap dan pemikiran yang sentiasa positif.
Apabila anda sentiasa positif, apa sahaja cabaran yang datang pada anda akan dikendalikan dengan tenang.
Tiada kuasa yang ajaib yang boleh menjadikan anda orang yang berjaya melainkan diri anda sendiri.
Anda akan menjurus kepada apa yang anda fikirkan. Baik atau buruk sesuatu hasil lahir dari minda anda dan ia pasti dalam jangkaan anda. Maka, anda perlu selalu menanamkan minda dan fikiran yang positif agar segalanya berjalan baik dan lancar.
Contohnya sebelum ini anda gagal dalam melaksanakan sesuatu tugasan, tetapkan minda yang positif dan katakan anda mampu. Belajar dari kesilapan dan cara kerja mereka yang berjaya dan lakukan sedikit perubahan jika perlu.
Cara ini boleh membuat anda lebih maju bukan sahaja dalam pekerjaan, malah kehidupan kerana anda berani mencuba sesuatu yang tidak pernah anda lakukan.
2) Pengurusan Stress
Anda perlu menjadi seorang yang bijak dalam pengurusan stress di mana stress di tempat kerja adalah faktor utama yang membawa kepada kegagalan ramai pekerja.
Kebiasaannya, stress kerana berlaku lambakan kerja disebabkan oleh pengurusan masa yang tidak baik. Untuk menjadi pekerja yang cemerlang, anda perlu bijak mengurus masa dan jangan suka menangguh kerja.
Pengurusan masa yang tidak baik juga menjurus kepada kelewatan hadir ke tempat kerja yang juga boleh menyumbang kepada stress.
Kenal pasti perkara yang boleh menjadi punca kepada stress anda dan cuba elakkannya dengan sebaik mungkin.
3) Berkongsi idea dan maklumat
Ramai orang takut untuk berkongsi apa juga ilmu dan idea yang mereka ada. Perseptif ini berlaku kerana mereka takut ilmu dan idea yang mereka ada itu menjadikan orang lain lebih hebat daripada mereka.
Tetapi sebenarnya dengan berkongsi idea dan ilmu yang kita ada kita kan akan menjadikan kita seorang yang lebih kreatif untuk berfikir. ia secara tidak langsung membuatkan kita sentiasa cuba untuk mencari idea baru dan memperbaiki kelemahan daripada ilmu dan idea yang sedia ada.
Semakin minda kita berfikir untuk menghasilkan sesuatu idea dan menyebarkan ilmu, ia akan merangsang minda kreatif kita untuk lebih pantas dan cekap merialisasikan idea dan menambah ilmu.
Untuk menjadi pekerja yang hebat apa jua ilmu dan pemikiran kritis anda perlu kita dikongsi untuk menjadikan kita lebih maju kerana mereka yang kedekut ilmu ibarat menyimpan sesuatu yang berharga dan tidak mempunyai apa-apa lagi. Ia secara tidak langsung menyempitkan pemikiran anda kerana fokus kepada sesuatu perkara sahaja tanpa cuba mengembangkan lagi idea yang ada melalui diskusi.
4) Bergaul dalam persekitaran positif
Untuk menjadi seorang yang hebat dan berjaya, salah satu caranya adalah dengan bergaul dengan mereka yang positif dan hebat. Pergaulan dengan kelompok seperti ini akan membuatkan anda merasa diri anda tercabar seterusnya membuatkan anda ingin berusaha dengan lebih gigih untuk menjadi hebat seperti mereka.
Menurut kajian, 85 peratus kejayaan dipengaruhi oleh siapa yang mengelilingi kita. Oleh itu, jadilah orang yang bijak memilih siapa yang berada di sekitar anda yang mempunyai visi serta matlamat hidup yang jelas.
Beranikan diri untuk meninggalkan kelompok yang lama dan binalah persekitaran teman-teman yang baru yang boleh membuat kita maju kehadapan seterusnya berjaya serta mereka dan barulah rakan-rakan supaya mereka juga berjaya bersama.
5) Berani mencuba
Pokok utama untuk mencapai sesuatu kejayaan anda keberanian. jadilah seorang individu yang berani mencuba sesuatu yang baru.
Seorang manusia itu secara amnya mempunyai satu tabiat iaitu sering melakukan perkara yang sama berulang kali. ini menyebabkan mereka berada di satu tahap yang selesa yang mana dan tidak mencabar diri untuk berfikir perkara yang berbeza dari kebiasaan.
Tenggelam di dalam zon yang bisa menyebabkan seseorang itu takut untuk mencuba sesuatu yang baru kerana takut kegagalan yang mana akhirnya membuatkan anda menjadi orang yang ketinggalan.
Pokoknya, cubalah keluar dari zon selesa anda dan beranilah untuk mencuba sesuatu perkara yang baru kerana ia adalah bibit-bibit awal untuk mencapai kejayaan yang lebih hebat.
6) Kekalkan Motivasi Diri
Perkara yang paling sukar bagi setiap individu adalah untuk mengekalkan motivasi diri. Adakala kita tewas untuk mengekalkan mood yang baik setiap hari.
Anda adalah apa yang anda mahu. Jadilah orang yang mampu mengekalkan jiwa dan semangat yang positif setiap hari. Belajar untuk mengekalkan momentum dan semangat anda yang berkobar-kobar setiap hari.
Jika anda sedang dalam semangat yang berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu pekerjaan itu, elakkan perkara perkara yang membuatkan kerja anda terhenti sehingga dua atau tiga hari kerana meminta anda juga akan terganggu.
Ia akan membuatkan motivasi diri anda berkurangan dan akhirnya semua yang anda lakukan menjadi sia-sia. Tetapkan minda anda yang fokus kepada suatu pekerjaan supaya anda mampu menghasilkan sesuatu yang hebat.
7) Kurangkan perasaan malu
Sifat pemalu menjadi salah satu penghalang untuk anda mencapai kejayaan. sifat pemalu adalah satu sifat yang perlu ada tetapi janganlah malu tidak bertempat dan secara berlebihan kerana ia hanya akan membuatkan anda takut untuk menampilkan pontensi diri yang sebenar.
Anda boleh mencuba tips ini untuk mengurangkan rasa malu dan iaitu
1) cari penyebab anda berasa malu
2) lawan rasa malu anda dengan bersikap lebih santai kerana jika anda tidak dapat mengawal rasa malu hanya akan membuat anda kelihatan gugup dan pelik.
3) usaha melakukan "eye contact" ketikanya perbualan untuk mengelakkan anda dicop sebagai sombong atau tidak mempunyai adab ketika perbualan.
4) Bersiap sedia untuk menerima cacian kerana orang yang tahan cacian tidak mudah menyerah kalah dan akan terus maju.
8) Tetapkan matlamat
Permulaan sesuatu kejayaan adalah matlamat yang jelas. Matlamat yang jelas seiring dengan usaha pasti akan membuahkan hasil.
Tulis matlamat anda dengan jelas dan tanamkan dalam hati agar ia menjadi sesuatu yang boleh dilihat dan dipegang.
Dengan menulis matlamat kita di atas kertas akan membuatkan kita memasukkan makan apa itu ke dalam minda separa sedar dan akan diproses untuk mencari peluang-peluang bagi mencapai matlamat itu.
Jika anda tidak berjaya hari ini ulang menulis matlamat anda setiap hari kerana penulisan yang berulang kali akan menggandakan peluang anda untuk mencapai sesuatu matlamat.
Menurut kajian 98% orang tidak menulis matlamat mereka kerana mereka tidak tahu cara untuk menetapkan matlamat tersebut dan juga tidak ada kepercayaan bahawa dengan menulis matlamat akan membuatkan kita lebih terinspirasi dan terdorong untuk lebih berusaha ke arah itu.
9) Rajin bertanya
Pepatah orang dahulu ada mengatakan, "malu bertanya sesat jalan". Untuk menjadi orang yang berjaya anda perlu mengenepikan rasa malu untuk bertanya perkara yang anda tidak tahu walaupun sekecil apapun ia.
Terdapat sesetengah individu yang sudah berada di tahap yang selesa agak malu untuk bertanya kerana risau dipandang rendah dan akan menjatuhkan kredibiliti mereka.
Ada pula yang malu bertanya kerana merasa rendah diri dan takut kelihatan bodoh sedangkan cara yang terbaik untuk mencari ilmu dengan cepat adalah bertanya kerana anda boleh mendapat jawapan segera seperti yang anda inginkan. kerana takut kelihatan bodoh akhirnya soalan itu terus tersimpan dalam diri anda dan tidak terjawab.
Walaupun di tahap mana anda berada, apa juga kedudukan dan kepakaran anda, ilmu yang ada cari tidak seharusnya terhenti di situ.
10) Pengurusan masa
Salah satu ciri orang yang berjaya adalah orang yang bijak menguruskan masa dengan baik dan berkualiti. Jika hari-hari anda dipenuhi dengan lambakan kerja, cuba anda buat jadual yang teratur dan patuhi jadual yang anda sediakan.
Tetapkan prioriti anda sama ada ingin melakukan kerja yang susah dan berat dahulu ataupun kerja yang senang dahulu. Ini kerana apa yang anda utamakan itu akan menyumbang kepada apa yang anda hasilkan di penghujung hari anda.
Adalah lebih baik untuk melakukan kerja yang susah dibesar dahulu kerana dengan melakukan kerja yang besar dan susah dikala kita lebih bersemangat akan membuatkan tugasan itu selesai dengan segera dan terasa lebih mudah berbanding jika dilaksanakan di petang hari di saat kita sedang mengejar masa untuk pulang ke rumah.
Kerja yang susah jika dilakukan pada waktu petang akan menjadikan kita terasa malas dan menghasilkan kerja yang tidak berkualiti. Ini akan memberi kesan kepada penilaian prestasi kerja anda.
Tuntasnya, anda adalah apa yang anda mahu. jika anda inginkan kejayaan apa yang anda usahakan perlulah seiring dengan apa yang anda inginkan. Semoga tips yang diberikan dapat membantu anda. Semoga berjaya.-EdisiRakyat.com, 9 Oktober 2020
Post a Comment