PIHAK berkuasa dilapor mengheret kumpulan pertama dari sejumlah 680 warga China yang ditahan baru-baru ini kerana terlibat dengan penipuan atas talian ke Mahkamah Seksyen Sepang hari ini bagi berdepan pertuduhan.

Menurut sumber berita Bernama, seramai lebih 200 orang dari kumpulan berkenaan telah tiba seawal jam 9 pagi sementara yang lain masih dalam perjalanan.
Pada bulan lalu sepasukan 150 pegawai penguatkuasa imigresen telah menyerbu ibu pejabat sebuah syarikat di Cyberjaya dan menahan seramai 680 orang sementara dipercayai sejumlah 100 orang berjaya melarikan diri.
Kesemua mereka disyaki terlibat di dalam penipuan atas talian seperti Macau Scam, Penipuan Cinta, penipuan pinjaman wang yang tidak wujud, yang telah mengakibatkan rakyat Malaysia kerugian ratusan juta ringgit setiap tahun. — EdisiRakyat.com, 13 Disember 2019