Stereng kereta anda bergegar dan berat? Ketahui punca dan cara mengatasinya


ADAKAH anda sedang mengalami masalah stereng kereta yang bergegar dan berat serta sukar mengawal kenderaan? Jika ini berlaku, apa kata anda cari tahu apa puncanya dan cuba atasi masalah anda agar keselamatan anda d ijalanraya lebih terjamin dan perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.



Stereng kereta adalah salah satu komponen yang penting dalam kenderaan di mana ia membantu pemandu untuk mengawal kenderaan yang dipandu. Terdapat gear dan penghubung stereng yang digunakan untuk memusingkan roda pada kedua-dua belah kenderaan supaya pergerakan kenderaan lebih lancar dan teratur.

stereng-kereta

Terdapat dua jenis stereng iaitu stereng manual dan stereng kuasa.

Kebanyakan kenderaan dipasang dengan stereng manual ini kerana ia lebih mudah baiki jika berlaku sebarang kerosakan.

Stereng kuasa pula lebih kompleks di mana ia menggunakan pelbagai jenis komponen yang canggih dan cecair hidrolik. Kelebihan stereng kuasa adalah ia boleh dipusing dengan mudah dan lebih ringan semasa memandu.



Kekurangannya, adalah ia sukar dikawal jika berlaku kerosakan. Bayangkan ia mengalami kerosakan ketika pemanduan ,pastinya ia boleh membahayakan keselamatan pemandu dan penumpang.

Pengawalan stereng berkait rapat dengan penyelarasan roda. Jika roda diselaras dengan betul dan tepat, ia akan memudahkan pemandu untuk mengawal roda stereng dan pemanduan akan tegak serta tidak tersasar.

Walaupun stereng jarang-jarang mengalami kerosakan, tetapi antara perkara yang akan berlaku jika stereng mengalami kerosakan adalah:


1. Kenderaan sukar dikawal semasa memandu

Kenderaan sukar dikawal semasa pemandu disebabkan beberapa faktor iaitu sambungan bebola harus dan tayar kekurangan angin.

Apabila sambungan bebola haus, adalah sukar untuk mengawal pergerakan kenderaan ke kiri dan ke kanan semasa pemanduan.Ini menyumbang kepada sudut stereng menjadi tidak tepat dan bolt-U menjadi longgar.

Apa yang boleh anda lakukan untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan menggantikan cemat agung dengan yang baru. Galas roda berkenaan juga perlu diservis dengan cara meletakkan minyak gris pada galas guling tirus dan pasangkan semula galas pada roda.

Nat pengikat roda perlu diikat sehingga roda berkenaan tidak dapat dipusingkan. Kemudian longgarkan nat tersebut sebanyak 1/6 pusingan atau 60° dan seterusnya roda dipusingkan.

Jika anda dapati galas rosak roda, maka roda sukar untuk diputarkan dan perlu digantikan dengan galas yang baru.

Manakala jika bolt-U longgar, anda hanyalah perlu mengetatkan nat pengikat sehingga betul-betul ketat.

Periksa juga sama ada tayar anda kekurangan tekanan ataupun tidak. Anda perlu memastikan anda masukkan angin pada setiap tayar dengan tekanan yang sederhana. Lakukan semakan bagi mengenal pasti berapakah tekanan yang paling sesuai untuk setiap tayar dengan saiz line tertentu.

Contohnya jika anda mempunyai saiz tayar dengan rim 13 inci, tekanannya adalah antara 30-35 psi. Tekanan maksimum hanya diperlukan apabila anda membawa muatan lebih atau penumpang yang ramai. Ini kerana ia diperlukan untuk mengelakkan beban tertumpu pada penyerap kejutan (shock absorber)



2. Roda stereng akan merasa berat untuk digerakkan

Kebiasaannya, roda stereng akan merasa berat untuk digerakkan sama ada kerana tayar kekurangan angin atau tayar bocor ataupun unit servo bocor atau rosak.

Jika tayar anda kekurangan angin, pamkan tayar anda mengikut spesifikasi yang betul atau jika ia mengalami kebocoran, hantar tayar tersebut ke kedai tayar untuk dibaiki.

pam-tayar

Kebiasaan bagi stereng yang berkuasa, stereng menjadi berat untuk digerakkan kerana kebocoran atau kerosakan pada unit servo. Jika ini berlaku, anda perlu mendapatkan khidmat pusat servis kerana membaiki stering kuasa memerlukan kerja pembaikan oleh pakar dalam bidang tersebut.


Anda perlu mengetahui bahawa ciri-ciri stereng yang baik adalah:


  • Tidak mengalami getaran daripada roda stereng semasa kenderaan sedang bergerak.

  • Jarak bebas roda steering tidak terlalu longgar.

  • Roda stereng akan kembali kepada asal selepas stereng dipusingkan.

  • Kenderaan dapat dikawal dengan baik.

  • Stereng terasa ringan semasa memandu.

أحدث أقدم