Resepi jus buah-buahan atasi anemia ketika mengandung

ANEMIA sinonim menjadi masalah di kalangan ibu hamil, tetapi tahukah anda terdapat pelbagai resepi jus buah-buahan yang mudah disediakan untuk mengatasi anemia?

Jenis anemia yang paling kerap ditemui adalah kekurangan zat besi. Ini disebabkan ketika hamil, lebih banyak zat besi diperlukan seiring dengan pertumbuhan janin. Rasa mual dan loya di awal kehamilan menyebabkan sesetengah ibu kurang mengambil makanan yang mengandungi zat besi.

anemia

Jangan gusar, apa kata anda cuba resepi-resepi mudah ini yang diyakini bukan sahaja mampu merawat masalah anemia, bahkan enak dan kaya pelbagai khasiat lain.

1) Coco Tonic

Bahan-bahannya:

*100g laici, ambil isi buahnya
*60 g rambutan, ambil isi buahnya
*60 g isi kelapa muda
*60g yogurt tawar (plain yogurt)
*1 sudu makan susu pekat manis
*60 ml air kelapa muda
* 3 ketul ais

Cara membuatnya:

a) masukkan laici, rambutan, kelapa muda, yogurt tawar, susu pekat manis air kelapa muda dan ais ke dalam bekas pengisar.

b) Kisar sehingga hancur

c) Tuang jus ke dalam gelas hidangan dan sedia untuk diminum.


2) Jus Sari Brokoli

Bahan-bahannya:

* 60g brokoli dipotong
*150g tembikai susu, kupas lalu dipotong
* 100ml susu tawar cair
* 1 sudu makan susu pekat manis
* 3 ketul ais

brokoli

Cara membuat:

a) Masukkan ketulan brokoli, tembikai susu, susu tawar cair, susu pekat manis dan ais ke dalam bekas pengisar.

b) Kisar sehingga hancur

c) Tuang jus ke dalam gelas hidangan dan sedia untuk diminum.


3) Koktel Jambu Air

Bahan-bahannya:

*100 g jambu air dipotong
*60g isi buah manggis
*60g tomato dipotong
* 1 sudu makan air limau nipis/lemon
* 60ml air sejuk
* 3 ketul ais

Cara membuatnya:

a) Masukkan ketulan jambu air, manggis tomato, air limau nipis, air sejuk dan ais ke dalam bekas pengisar

b) Kisar sehingga hancur

c) Tuang jus ke dalam gelas hidangan dan sedia untuk diminum.


4) Jus limau tembikai

Bahan-bahannya:

* 100g tembikai kuning, dipotong
*150 ml perahan limau Sunkist/ limau Mandarin/ limau manis
*3 ketul ais

limau mandarin

Cara membuatnya:

a) masukkan tembikai perahan limau sunkist/ limau mandarin dan ketulan ais ke dalam bekas pengisar.

b) Kisar sehingga hancur

c) Tuang jus ke dalam gelas hidangan dan sedia untuk diminum.


5) Jus Delima

* 200g buah delima
*10g tomato dipotong
* 1 sudu makan extra virgin olive oil (minyak zaitun)
*60 ml yogurt tawar rendah lemak
*1 sudu makan madu
*3 ketul ais

Cara membuatnya:

a) masukkan buah delima, ketulan tomato, minyak zaitun, yogurt tawar, madu dan air ke dalam bekas pengisar.

b) Kisar sehingga hancur

c) Tuang jus ke dalam gelas hidangan dan sedia untuk diminum.

6) Jus Brokoli

Bahan-bahannya:

*75g brokoli dipotong
*50g batang saderi beserta daunnya dipotong
*150g anggur hijau
*60 ml air sejuk
*1 sudu makan madu
*1 sudu makan jus lemon
*3 ketul ais

Cara membuatnya:

a) Masukkan brokoli, saderi, anggur hijau, air sejuk dan jus lemon ke dalam pengisar jus. Kisar dan ambil patinya.

b) Tuang campuran pati brokoli tersebut ke dalam gelas hidangan. Tambah madu kemudian kacau rata.

c)Masukkan ketulan ais, hidangkan segera.


7) Koktel Lobak

jus lobak merah

Bahan-bahannya:

*100g lobak merah dipotong
*100g labu kuning, kupas lalu dipotong
*100ml perahan air limau manis/limau sunkist/ limau manis
*2 helai daun pudina
*3 ketul ais

Cara membuatnya:

a) Masukkan ketulan lobak merah, labu kuning, limau manis, daun pudina dan air ke dalam bekas pengisar.

b) Kisar sehingga hancur

c) tuang jus ke dalam gelas hidangan dan sedia untuk diminum.


8) Western Koktel

anggur hijau

Bahan-bahannya:

*100g anggur hijau
*60g epal hijau dipotong
*60g kiwi kupas lalu dipotong
*60 ml susu tawar cair tanpa lemak
*1 sudu makan madu
*1 sudu makan jus lemon
*3 ketul ais

Cara membuatnya:

a) masukkan anggur hijau, epal hijau,kiwi, madu, air sejuk, jus lemon dan ais ke dalam bekas pengisar

b) Kisar sehingga hancur

c) Tuang jus ke dalam gelas hidangan dan sedia untuk diminum.

Selamat mencuba!

Post a Comment

Previous Post Next Post