BERADA dalam wad psikiatri hampir sebulan membuatkan aku sedar banyak perkara. Aku tak tahu apa nak buat, aku tak tahu apa nak fikir. Sewaktu kali pertama aku dimasukkan di sini aku rasa takut sangat dan keseorangan. Aku tak tahu apa yang sebenarnya sedang berlaku.
Tapi sebelum itu, sekitar 4, 5 bulan yang lepas aku melalui diagnosis dan didapati menghidap MDD (Major Deppresive Disorder), (Borderline Personality Disorder), Shizoprenia, Anxiety dan Panic Attack.
Aku dapatkan bantuan profesional hanya beberapa minggu selepas hari raya puasa.
Aku dimasukkan ke dalam wad psikiatri dua kali. Kali pertama dua minggu, dan kali kedua hampir sebulan.
Bagaimana rasa berada di sana kali pertama? Tentu sekali aku takut macam nak mati sebab ada ramai orang gila di sana (termasuklah aku rasanya) perasaan bercampur-campur. Tapi disebabkan oleh ibu bapa aku terpaksa kata ya untuk masuk ke sana.
Doktor letakkan aku di satu ruang khas dalam wad bersama dengan orang lain yang macam aku. Maksud aku orang yang mengalami MDD dan juga ada kecenderungan bunuh diri diletakkan bersama supaya jururawat boleh pantau kami 24 jam (kalau-kalau aku atau pesakit lain buat benda bodoh contohnya cuba nak cederakan diri sendiri atau bunuh diri).
Di sana ada beberapa orang pesakit yang peramah gila, tegur aku setiap masa dan nak duduk sebelah aku sampaikan nak tidur sekali. Itu buatkan aku rasa sangat tak selesa dan takut, manalah tahu dia buat sesuatu yang buruk kepada aku, atau mungkin dia cekik aku masa aku tidur.
Setiap hari akan ada drama baru. Masa tidur pukul 2 3 pagi pun ada dua orang pesakit di situ yang menjerit dan bergaduh sesama sendiri.
Aku tak boleh tidur dan menangis sepanjang malam, tapi aku sembunyikan daripada jururawat sebab kalau dia orang nampak aku macam ni dia orang akan tulis dalam rekod aku dan lagi lambatlah aku nak balik rumah.
Pukul 4:00 pagi dah kena bangun mandi. Mandi pula pintu tak ada "lock" jadi kalau ada orang tolak nasib lah nampak kau dalam tu. Rasa macam nak samak mata setiap hari sebab kebanyakan pesakit di situ mandi bogel ada juga yang saja-saja bogel dan mandi dekat sink.
Lupa nak beritahu, bila masuk sana telefon, jam, gelang, cincin atau apa-apa tak boleh bawa masuk. Bawa diri saja boleh, pakaian dalam pun tak pakai, tapi baju sana tebal jadi tak nampaklah sangat. Bahaya bila bawa masuk sebab ramai pesakit dalam tu kreatif boleh guna untuk bunuh satu sama lain.
Tempat mandi tak ada kunci? Tahu tak? Jamban pun tak ada pintu, jadi kalau tengah berak ke apa nasib lah kalau ada pesakit lain nampak. Tapi sepanjang aku dekat sana sebulan aku rasa aku berak dua kali je kot sebab aku jarang makan dan masih tak nak makan masa tu.
Berat aku sebelum depresi ni lebih kurang 63kg, tapi lepas tu mendadak turun sampai 42kg, setiap pagi lepas mandi akan timbang berat dan periksa tekanan darah. Berat tak naik-naik malah makin turun walaupun aku makan di sana lima kali sehari, tapi selalu tak habis, paling banyak 6 suap lepas tu buang.
Di sana ada seorang makcik Cina tu bawa masuk "shower cap" senyap-senyap (baju kami ada poket dan kadangkala pengawal terlepas pandang), dan ada seorang pesakit yang menghidap skizo ni dia rampas "shower cap" tu dari bawah bantal makcik Cina tu dan dia cekup kepala jururawat pregnant, hampir mati kemudian dia gelak.
Bila tanya kenapa dia buat macam tu? Pesakit ni jawab, "dia suruh, dia suruh, hahahaha," untuk pengetahuan anda orang yang menghidap Skizoprenia ni dia dengar bisikan dan nampak bayangan. Jadi aku rasa "dia" yang pesakit tu maksudkan mungkin bisikan atau bayangan dia nampak suruh bunuh jururawat tu. Benda ni jadi depan mata aku.
Seram sampai tak boleh tidur malam, selalu rasa macam akan ada orang ambil bantal dan tekup muka aku masa tidur sampai mati. Maksud aku memang aku nak mati, tapi ngeri kalau mati kena bunuh dengan orang. Kalau bunuh diri tu boleh terima lagi, mati kena bunuh? Sorry no!
Pesakit tu kena ikat dekat sebelah katil aku sebab situ je yang kosong. Masa tu memang ramai gila pesakit baru masuk. Bayangkan macam mana aku nak tidur dia menjerit menangis meronta-ronta nak lepaskan diri, jururawat suap makanan dia ludah, kencing atas katil.
Aku dapat kawan lama dia Sarah. Rambut dia pendek dan blonde + cantik macam orang putih. Dia cuba bunuh diri dengan cara lompat dari kereta, masa tu boyfriend dia pecut laju gila, kaki dan tulang rusuk patah, muka lebam, dialah peneman aku makan, pergi mandi sekali, tidur pun peluk dia.
Sampai sekarang kami masih berhubung melalui WhatsApp. Bila berkawan dengan Sarah baru aku sedar hidup dia lagi teruk dari aku. Bapa dia terlibat dengan dadah dan masih dalam lokap. Mak dia dera dia dari kecil (sepak, terajang, hentak kepala dekat lantai, simbah air panas).
Bila dah masuk umur 20 boyfriend dia pula curang dan kaki pukul, dan itulah sebabnya dia ada depresi ptsd. Kadang kala malam dia meracau suruh mak dia berhenti, mungkin berhenti pukul dia kot dan dia akan menangis sambil tidur, aku akan peluk dan tenangkan dia.
Selepas dia orang pindahkan pesakit yang nak bunuh jururawat tu pergi ke katil lain, ada pesakit baru duduk sebelah aku. dia kerat kaki dia guna gergaji sampai nampak luka bekas kerat tu kalau tanya sebab apa dia akan jawab "sebab akak tak ada benda tu," entah aku pun tak tahu.
Ada lagi seorang pesakit ni dia gunting rambut sampai hampir botak sebab dia sendiri tak sedar. Dia pun ada MDD macam aku. dia cuba bunuh diri dengan cara bakar bilik dia dan kunci diri dalam bilik supaya mati terbakar atau lemas sebab asap. Dia kalau di luar pakai tudung labuh dan "Hafizah,"
Aku kesian dekat dia sebab masa keluarga dia melawat aku tak nampak langsung dia orang peluk atau cakap elok-elok dengan dia. Mak, bapa, mak cik, nenek dia, masing-masing jerkah dia sebab buat benda bodoh tu. Aku nampak dia diam je sambil air mata mengalir, bila dia duduk katil dia balik aku peluk dia.
Aku tanya kenapa keluarga macam tu? Kemudian dia jawab biasalah keluarga tak faham dan kerap salahkan dia kerana memalukan sebab masuk wad "gila" bapa dia mengamuk suruh dia keluar juga dari situ. Dia dah umur 18 jadi terpulang kepada dia nak duduk sana atau tidak, tak perlu kebenaran ibu bapa.
Ada juga satu gadis cina tu, umur 28 tahun nak bunuh diri dengan cara "overdosed" makan pil tidur. Dia koma selama seminggu kemudian dia orang hantar ke wad psikatri untuk rawatan lanjut. Dia ni jenis gila sikit, maksud aku dia ni jenisnya "crazy crazy happy go lucky," oh my god, aku rindu dia.
Apa yang lucu bila aku tanya dia kenapa pilih mati cara overdose? Dia jawab "kamu semua bodoh mahu mati bunuh diri kelar tangan lah, bakar biliklah, nanti mayat buruk, aku telan ubat sampai mati tapi mayat aku tetap cantik," jawapan dia buat kami semua ketawa berdekah-dekah sempat lagi dia fikir cantik?
Kalau kat orang tertanya-tanya macam mana rupa wad tu, kami kena kurung dekat situ, yang luar ni bahagian melawat dan kalau duduk situ tudung pun tak boleh pakai tapi sebab aku dikira normal sikit doktor bagi pakai tapi bila masuk dalam wad kena buka bagi family.
Walaupun pesakit dalam tu semua dipandang gila dan mental oleh masyarakat tak ramai tahu bahawa mereka sebenarnya orang baik, mereka gembira dengan hidup mereka, banyak ketawa dan banyak cakap. Aku rasa gembira juga tinggal di sana (Walaupun rasa takut kena bunuh).
Sewaktu aku tak nak pergi makan sebab aku rasa nak mati je masa tu, ada beberapa pesakit "gila" dia orang bawakan makanan dekat katil aku, kejut aku bangun dan suapkan. Dia orang cakap, "kamu gadis cantik kena makan nanti tak makan tak cantik macam mana mahu keluar dari sini,"
Kebanyakan pesakit dekat sana dia orang baik nak mampus cuma itulah ada masalah mental. Sekejap normal, sekejap cakap dengan dinding, cakap dengan bantal. Aku sedih sebab sepanjang aku duduk sana ada juga family dia orang yang tak datang melawat langsung.
Kenapa? Aku tak tahu kenapa aku macam ni. Apa yang aku tahu aku nak mati tapi tak nak mati, kau faham tak? Aku nak rasa sakit ni, rasa pedih dekat dada ni hilang. Apa yang aku boleh fikir ialah dengan bunuh diri. Aku buat 4 kali dah tapi tak mati-mati, sebab aku ragu dengan diri aku. Sebahagian dari diri aku nak mati sebahagian lagi nak hidup.
Aku rasa susah sangat hidup dengan depresi. Kau tak boleh makan tak boleh tidur kau hilang minat kepada benda yang biasanya kau paling suka. Tak mahu bercakap dengan sesiapa pun termasuk keluarga kau sendiri, cuma nak bersendirian dalam bilik kau, merenung siling dengan harapan tuhan akan ambil nyawa kau.
Skizo? (Skizoprenia) itu pun susah juga sebab aku dengar bisikan-bisikan. Suara tu suruh aku bunuh keluarga aku, tikam adik beradik (aku hampir-hampir buat, aku dah ambil pisau dan cuba nak tikam adik aku dekat perut dia, tapi syukur mak aku nampak). Aku nampak bayangan diri aku tergantung dekat kipas hampir setiap hari.
Aku juga nampak dekat sudut bilik, aku nampak diri sendiri kelar nadi dan leher berdarah terpancut-pancut, banyak gila darah kemudian aku mati. Aku nampak dan dengar semua benda tu setiap hari, bayangkan aku macam mana. Benda ni semua berlaku sebelum aku dapatkan bantuan profesional. Aku tanggung semua benda ni sampai aku berhenti kolej.
Macam mana tindakan keluarga aku? Haha kakak aku, bila aku nak bunuh diri dua hari sebelum raya dia jerkah aku kemudian cakap "Kalau nak mati bunuh diri dekat luar rumah Jangan dalam rumah memalukan mak bapak pergi terjun bangunan senang,"
Kakak aku yang lain? Dia cakap "Itulah akak suruh solat malas solat, baca Quran kerap sikit," dan bila aku beritahu dia aku dah buat semua tu, dia salahkan aku lagi, dan cakap aku buat tak cukup baik, solat lebih sikit ini semua ujian.
Ini salah satu gambar parut dekat tangan aku, tak berapa dalam tapi cukup untuk ceritakan betapa sakitnya aku rasa. Inilah caranya bagaimana aku lepaskan rasa sakit dalam dada. Berjaya!
Ini pula benda yang aku tulis masa dalam wad. Sebulan duduk sana tanpa TV, muzik, telefon, dan apa-apa. Aku cuma ada buku nota dan pen, itupun jururawat simpan sebab pernah ada kes pesakit cucuk mata jururawat dengan pen.
Cubaan bunuh diri aku yang pertama ialah dua hari sebelum raya. Waktu tu semua family tengah siap sedia depan meja nak berbuka. Aku duduk dalam bilik sebab aku period masa tu, jadi mereka tak syak apa-apa. Masa benda tu berlaku, aku ambil shawl dan gantung diri dekat kipas, kalau biarkan aku lagi satu minit memang aku mati.
Kali kedua bila aku potong nadi, banyak darah hilang sampai kena tahan wad kecemasan, aku berjaya hidup juga, kenapalah tuhan tak biarkan aku mati.
Kali ketiga ini masa dalam wad. aku pergi toilet nak ambil batang paip kemudian jerut diri aku. Jururawat masa tu tak ikut aku tapi ada seorang pesakit mengadu. oh lupa nak cakap aku pun kena ikat dan meraung macam orang gila.
Kali terakhir aku "overdose" makan ubat. Aku telan semua tak ingat dunia, bangun aku ada dekat hospital dia orang dah pam perut dah. Selamat juga, akhirnya aku putus asa nak bunuh diri sebab tak mati mati.
Daripada nak mati bunuh diri, aku cuba ubah cara hidup aku. Aku tulis dekat buku nota perkara hebat tentang diri aku, 10 sebab kenapa aku sayangkan diri aku, kemudian tulis senarai tempat yang aku nak pergi, lebih kurang macam aku manfaatkan setiap saat dalam hidup aku untuk benda yang bermakna daripada nak mati tapi tak mati mati.
Tapi aku tak tahulah, sekarang pun masih ada rasa nak mati tu. Maksud aku dalam otak masih ada. Aku fobia naik motorsikal atau kereta sebab aku takut langgar orang atau bagi diri sendiri kemalangan. Sebab aku nak mati, kerana aku tak tahan nak hadap rasa sakit ni hari-hari dari pagi sampai nak tidur.
Aku gembira tapi aku tak gembira faham tak? Aku gelak tapi rasa tak lawak faham tak? Rasa macam kosong, macam tak ada apa-apa dalam diri ni, kosong semua kosong tak tahu nak isi dengan apa, rasa tetap sama.
Kalau aku tanya kenapa boleh kena MDD ni, aku dulu selalu pindah sekolah orang asyik tak suka aku. Aku kena buli, keluarga selalu cakap aku menyusahkan, pembawa sial, aku kena belasah dengan ahli keluarga aku sendiri, masa kecil dulu hampir kena rogol beramai-ramai, kawan tak suka, boyfriend curang (haha bodoh).
Entahlah, aku jauhkan diri dari semua orang sebab aku tak nak sesiapa malu kawan dengan aku sebab aku gila. Aku tak nak menyusahkan orang lagi, cukup aku menyusahkan mak bapa aku cukup sampai situ. Ini sebabnya mati lagi elok dari hidup. Aku berhenti kolej pun orang dah cakap macam-macam.
Aku tak tahu apa nak buat lagi sampai aku buntu. Aku dah kelar diri aku, malah aku post ke twitter, aku tak pasti kenapa aku buat macam tu. Mungkin aku nak orang tahu bahawa aku sedang sakit? Atau harap ada seseorang boleh bantu aku? Aku gembira buat benda tu sebab itu aku jumpa Bella @bellabellubells
Bela ni bagi tahu aku ada "mental illness" sebelum ni aku tak sedar langsung yang aku ada depresi. Tak tahu pun perangai aku tu simptom depression. Dia yang jelaskan proses dan beritahu aku macam mana nak dapatkan bantuan profesional. Kerana Bella aku di sini, masih di sini, lebih kuat berbanding sebelum ni.
Tapi sekarang aku tak ambil ubat, berhenti jumpa doktor dan therapist. Tak pasti macam mana aku lakukan tapi lebih baik daripada sebelum ini. Aku cuba, dengan susah payah, dan terima kasih kepada semua yang ambil berat dan selalu periksa aku, semoga Allah rahmati kamu.
Akhir sekali jangan cakap orang yang ada "mental illness" ni lemah Iman, tak cukup Iman, tak ingat Tuhan, tak solat, ada sebab kenapa penyakit ni digelar penyakit mental. Sebab mental kami tak betul. Tak fikir waras jadi bila buat sesuatu pun tak guna otak sebab dah tak boleh fikir.
Tidak, aku bukan cari perhatian. Aku cuma perlu isu ini berhubung penyakit mental jangan dipandang ringan. Ia boleh membunuh seseorang.
Tulisan ini diedit dan ditulis semula dari luahan dan pengalaman @bqishamin di twitter.

إرسال تعليق