KEADAAN Muhammad Adib Mohd Kassim anggota bomba yang cedera parah dibelasah oleh perusuh di Kuil Seafield kini kritikal kata Institut Jantung Negara (IJN).
Menurut IJN, Muhammad Adib menderita akibat kemerosotan fungsi paru-parunya sejak tempoh 24 jam yang lepas.
Pemeriksaan rapi yang dibuat menunjukkan tanda-tanda tisu paru-parunya menyatu dan mengeras, justeru proses pertukaran gas berlaku dengan tidak efektif.
"Ini disebabkan oleh kecederaan parah paru-parunya sebelum ini. Dalam masa yang sama fungsi buah pinggangnya juga tidak bertambah baik, dan masih terus perlukan sokongan dialisis," kata IJN dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Ahad (16 Disember 2018).
Selepas perbincangan oleh pakar pelbagai bidang dijalankan, IJN telah mengambil keputusan untuk memasang kembali sistem veno-venous ECMO pada jam 9.00 malam hari Sabtu (15 Disember 2018) untuk membantu keperluan pernafasannya.
"Oleh itu, Muhammad Adib dalam keadaan kritikal. Memandangkan keadaan itu, lawatan terhadapnya dihadkan. Kami minta semua rakyat Malaysia untuk terus mendoakan penyembuhan Muhammad Adib," — EdisiRakyat.com, 16 Disember 2018

Post a Comment