KERACUNAN makanan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk ibu yang sedang hamil kanak-kanak dan penghidap penyakit serius. Orang yang sudah meningkat tua lebih kerap mengalami keracunan makanan.
Mereka yang sudah tua akan mengalami perubahan fizikal ketara, di mana sistem imuniti menjadi lemah, asid dalam badan berkurangan, berlaku perubahan dalam organ sensori, di mana deria baru dan penglihatan turut menjadi lemah.
Punca keracunan makanan.
Keracunan makanan merupakan penyakit yang serius yang berpunca dari beberapa perkara, di antaranya seperti berikut.
1. Makanan mengandungi bakteria seperti Shigella, V. Kolera dan Staphylococus.
2. Racun saraf berpunca dari bakteria yang terdapat pada makanan laut seperti kerang dan ikan.
3. Racun berasal dari tumbuhan seperti ubi kayu dan cendawan.
4. Zat-zat kimia seperti logam berat dan cecair.
Kesan keracunan makanan
Masalah keracunan makanan yang dihidapi oleh individu biasanya paling lama selama satu minggu selepas pesakit mengambil makanan beracun.
Masalah yang muncul serta tahap keparahan nya adalah berlainan bergantung kepada penyebab dan puncanya.
Pesakit mungkin merasa loya, muntah, sakit perut, cirit birit, serta sakit kepala.
Keadaan seperti ini boleh mengancam nyawa, kerana ia berpotensi merosakkan saraf atau organ-organ dalaman badan seperti hati dan ginjal.
Sebahagian besar kes keracunan makanan yang tidak serius, akan sembuh dengan sendirinya tanpa rawatan dan ubatan yang khusus.
Namun ada juga yang memerlukan rawatan lanjut di hospital.
Rawatan awal untuk keracunan makanan
Bantuan kecemasan dan rawatan pertama boleh dilakukan sendiri sebelum pesakit dibawa berjumpa doktor. Tujuan bantuan diberi kepada pesakit yang mengalami keracunan makanan ialah untuk memberikan mereka rasa tenang dan terhindar dari penyahidratan (kehilangan air dalam badan). alert-info
Langkah-langkah rawatan awal boleh diambil sebelum berjumpa doktor
1. Berikan cecair gantian dan penambahan elektronik seperti oralit untuk menggantikan cecair dalam tubuh yang banyak keluar akibat muntah dan cirit birit.
Anda boleh menghasilkan sendiri cecair pengganti tubuh dengan mencampurkan 1 sudu teh garam, 4 sudu teh gula dan 1 liter air yang sudah dimasak.
Cara yang lebih mudah anda juga boleh memberikan pesakit minum air kelapa muda.
2. Pesakit dinasihatkan untuk tidak makan makanan berat sehingga cirit-birit yang dialami benar-benar berhenti.
3. Pemberian 'absorbent' boleh membantu mengawal kotoran yang keluar tetapi tidak membantu menggantikan cecair yang keluar.
4. Sebaiknya jangan gunakan ubat tahan sakit kepada pesakit yang demam dan berak disertai darah.
5. Pengambilan antibiotik boleh menyebabkan cirit birit berpanjangan kecuali atas saranan doktor.
BACA JUGA — Cara mencegah keracunan makanan

Post a Comment