Hukum mencabut uban dalam islam

MELIHAT uban tumbuh di kepala pasti menimbulkan kegusaran kerana mengganggu penampilan.  Pasti ramai di antara anda yang suka mencabut uban apabila ia mula kelihatan. Tetapi tahukah anda apa hukum mencabut uban dalam Islam?

Uban sinonim dengan golongan tua. Pertumbuhan uban disebabkan kadar melanin rambut yang menurun seiring pertambahan usia.

Semakin sedikit sel-sel pigmen dalam folikel rambut maka rambut baru yang selanjutnya tumbuh akan jadi berwarna keabu-abuan atau perak.

mencabut-uban

Para fuqaha bersepakat bahawa hukumnya makruh mencabut uban di kawasan kepala atau janggut sekiranya tiada keperluan berbuat demikian.

Fuqaha dalam kalangan mazhab Hanafi mengharuskan mencabut uban sebagai tujuan menakutkan musuh ketika peperangan suatu ketika dahulu.

Penerangan hukum beserta dalil:

Dalam kitab Qawanin Al-hakam Al fikriyah ada menyebut,

"Makruh mencabut uban, dan jika bertujuan memikat wanita maka hukum tegahannya adalah lebih berat."

Al-Syarbini berkata,

"Makruh mencabut uban walaupun Ibnu Rif'ah menyatakannya haram sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab al-Um. Dalam kitab Al-Majmu' disebutkan, 'Jika dikata haram tidaklah jauh."

Mereka berhujah berdasarkan dalil-dalil berikut:

hadis-nabi-uban

Daripada Abdullah bin Amru ra, Nabi bersabda:

riwayat-ahmad

Hukum mempercepatkan pertumbuhan uban dengan menggunakan pelbagai cara rawatan seperti meletakkan belerang atau bahan-bahan lain di sisi mazhab Syafi'i adalah makhruh kerana mempunyai unsur-unsur penipuan dan mendatangkan kemudaratan kepada orang yang melakukannya.

Terdapat alternatif lain untuk mengelakkan uban mengganggu penampilan.

Mewarnakan rambut dengan menggunakan inai adalah harus hukumnya dan tidak dibenarkan dengan menggunakan pewarna hitam baik bagi perempuan mahupun lelaki kerana ia seolah-olah mengubah kejadian asal ciptaan Allah. Contohnya memberi impak kelihatan lebih muda dengan berbuat demikian.

Mewarnakan rambut hukumnya adalah sunat di mana terdapat banyak hadis yang menyarankan golongan muslim supaya melakukan nya apabila mula jelas keadaan uban di atas kepala seseorang antara hadis tersebut adalah:

sunat-mewarnakan-rambut

Post a Comment

Previous Post Next Post