Dedahnya, terdapat sebanyak 29 lebuh raya bertol, dan akan terus beroperasi sehingga tamat tempoh konsesi.
"Jumlah keseluruhan pembinaan kesemua 29 lebuh raya adalah sebanyak RM39.14 bilion."
"Jumlah pampasan yang telah dibayar (kepada konsesi) sejak tahun 1990 hingga 2017 adalah sebanyak RM5.109 billion,"
"Dan jumlah kutipan tol sejak mula beroperasi sehingga 2017 adalah sebanyak RM74.654 bilion," katanya menjawab soalan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Baharu) di parlimen pada hari Khamis.
Akmal telah meminta menteri untuk menyatakan kos pembinaan, penyelenggaraan dan kos operasi bagi setiap lebuhraya.
Menurut Baru Bian, jumlah kos purata operasi dan penyelenggaraan untuk lebuh raya adalah sekitar RM2.5 bilion setahun.
"Jumlah purata kos operasi untuk 29 lebuh raya ialah sebanyak RM1.7 bilion setahun. Penyelenggaraan rutin, RM402 juta setahun dan penyelenggaraan berkala dan kos naik taraf sekitar RM459 juta setahun," katanya.
Beliau juga memberitahu terdapat dua konsesi yang akan tamat dalam masa 10 tahun, 16 akan tamat di antara 11 dan 20 tahun, manakala 11 lagi lebuhraya akan terus mengutip tol untuk tempoh sehingga lebih dua dekad.
Baru Bian berkata, kementeriannya telah diberikan masa selama 6 bulan untuk berunding dengan pihak berkepentingan dan konsesi berhubung manifesto Pakatan Harapan untuk menghapuskan tol.
"Selepas 6 bulan, kami akan menghantar beberapa proposal berdasarkan rundingan yang sedang berjalan. Kami akan lihat sekiranya ada sebarang ruang dalam perjanjian untuk disemak bagi melakukan sesuatu," tambahnya. — EdisiRakyat.com, 15 November 2018
Post a Comment