PELIK tetapi benar, remaja di Indonesia dilaporkan mempunyai kaedah baru yang jauh lebih murah untuk berkhayal iaitu dengan merebus tuala wanita sebelum meminum airnya.
Pihak polis di wilayah Jakarta, Bekasi, Jawa Barat, dan Kudus, Jawa Tengah dilapor telah menahan beberapa orang remaja yang ditangkap ketika sedang melakukan eksperimen menjijikkan untuk berkhayal. Kebanyakkan mereka menggunakan tuala wanita dalam formula mereka.
Ketua Agensi Narkotik Kebangsaan Indonesia, Adj Sr. Suprinarto berkata kandungan klorin dalam campuran rebusan itu menyebabkan remaja berkenaan menjadi khayal dan berhalusinasi sama seperti mengambil dadah tertentu.
"Tuala wanita terpakai yang mereka ambil dari longgokan sampah, direbus di dalam air panas. Selepas airnya sejuk mereka minum bersama-sama," kata Suprinarto seperti yang dipetik oleh kompas.com
Jimy Ginting seorang penasihat keselamatan minuman berkata ia bukanlah satu fenomena baru. Dalam tahun 2016, sekumpulan remaja dari Belitung, Bangka Kepulauan Belitung, dan Karawang di Jawa Barat turut melakukan perkara yang sama.
"Saya tak pasti siapa yang memulakannya, tapi saya tahu Ia sudah bermula sejak dua tahun lalu. Setakat ini tidak ada undang-undang yang menghalang perbuatan itu. tiada juga undang-undang menghalang remaja ini menggunakan campuran ubat nyamuk dan sirap untuk mabuk dan berkhayal," katanya. — EdisiRakyat.com, 11 November 2018

Post a Comment