GANJARAN rebat petrol dan tol untuk pemandu berhemah akan bermula tahun depan. Cadangan itu sedang dipertimbangkan Kementerian Pengangkutan dalam usaha melahirkan pemandu berhemah sekaligus menangani isu keselamatan dan kemalangan di jalanraya.
Menteri pengangkutan Anthony Loke Siew fook berkata, cadangan itu dikemukakan petroliam Nasional Berhad (Petronas).
"Saya telah diberikan cadangan sebentar tadi, mereka sedang membangunkan beberapa aplikasi untuk menguji atau menilai cara pemanduan seseorang,"
"Apabila anda mengaktifkan aplikasi itu, ia akan menilai sama ada anda pemandu yang baik atau sebaliknya," jelasnya.
Menurutnya jika mencapai skor tertentu dalam tempoh sebulan misalnya pemandu berkenaan layak mendapat rebat petrol dan bayaran tol.
Beliau percaya pendekatan ganjaran dan hukuman paling berkesan di dalam mendidik seseorang menjadi pemandu berhemah.
Beliau dilapor berkata demikian selepas merasmikan Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di ibu negara.
Awal September lalu beliau memberitahu kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memberi diskaun bayaran insurans kereta kepada pemandu berhemah mulai tahun hadapan dan akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Insurans Am Malaysia. — EdisiRakyat.com, 23 November 2018

Post a Comment