MAHKAMAH Seksyen Kangar, Perlis hari ini dilapor mengeluarkan satu waran tangkap terhadap bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim kerana gagal hadir ke mahkamah berdepan tuduhan, yang difahamkan ada kaitan dengan kes seorang gadis bawah umur yang mendakwa dicabul olehnya baru-baru ini.
Waran tangkap dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Seksyen, Johari Abu Hassan selepas dipohon oleh timbalan pendakwa raya Mohd Nordin Ismail.
Peguam Syed Muhamad Anwar Syed Lokman Hakim, yang mewakili Ahli Parlimen, Arau Perlis itu membantah tindakan mengeluarkan waran tangkap sambil mendakwa beliau dan anak guamnya tidak diberitahu lebih awal.
"Saya hanya dapat tahu tentang ini (waran tangkap) dalam mahkamah. Anak guam saya di luar negara," katanya.
Menurutnya pihak pembelaan akan memfailkan permohonan untuk membatalkan waran tangkap berkenaan. — EdisiRakyat.com, 9 November 2018

Post a Comment