SEORANG lelaki dilaporkan ditembak mati ketika cuba menyerang seorang anggota polis dengan sebilah pisau di jalanraya berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak Komtar Pulau Pinang.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.10 petang itu suspek yang berusia 41 tahun cuba menikam anggota polis yang ketika itu mahu meleraikan pertengkaran antara dia dan seorang lagi lelaki yang juga merupakan seorang pemandu teksi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata pemandu teksi terbabit kemudian menghubungi polis kerana bimbang diganggu suspek.
Menurutnya anggota polis yang kebetulan sedang melakukan rondaan, di kawasan terbabit pergi ke lokasi kejadian cuba meleraikan pertengkaran.
"Anggota kita telah memperkenalkan diri dia, sebagai anggota polis, walaubagaimana pun tak diendahkan, dia (suspek) terus mengamuk, dan terus mengejar, dari kawasan belakang sampai lebih kurang tujuh hingga 10 meter menggunakan sebilah pisau,"
"Anggota kita apabila nak ditikam menggunakan pisau, untuk mempertahankan diri dia dia tidak ada pilihan terpaksa melepaskan tembakan," katanya.
Suspek maut di tempat kejadian, ACP Che Zaimani berkata pihak polis sehingga kini masih menyiasat motif kejadian.
Suspek mempunyai 15 rekod kesalahan lampau membabitkan sembilan kes jenayah dan enam kes dadah. Banyak suspek dihantar ke hospital Pulau Pinang untuk menjalani bedah siasat. — EdisiRakyat.com, 24 November 2018

Post a Comment