Kita mahu Perdana Menteri wanita kata Zuraida

SEORANG wanita perlu menjadi Perdana Menteri kesembilan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim kata bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin hari ini.

"Saya tidak fikir ia sesuatu yang pelik atau mustahil untuk seorang wanita menjadi Perdana Menteri negara ini,"

"Walaupun kita mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri kelapan, kita mahu juga Perdana Menteri ke sembilan, ke 10 dari PKR, dan sekiranya mungkin, di antara wanita," katanya dalam Kongres Nasional Sayap Wanita PKR hari ini.

Zuraida

Pada waktu ini Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, namun parti-parti Pakatan Harapan telah bersetuju bahawa Anwar akan menjadi penggantinya.

Ahli Parlimen Ampang itu, dalam ucapannya juga berkata, beliau juga menekankan lebih ramai wanita untuk membuat keputusan dalam skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA).

"Baru-baru ini, Tun Mahathir Mohamad menulis surat kepada saya tentang lantikan pengarah-pengarah untuk PR1MA,"

"Saya membalas surat Dr Mahathir, dan mengatakan bahawa ini tidak memenuhi kuota 30 peratus wanita, dan saya telah meminta beliau merombak semula dan memastikan lebih ramai perempuan dilantik," kata beliau.

Zuraida  yang juga merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menambah bahawa wanita bekerja dalam kerajaan bukan sekadar memenuhi kuota, dan mereka benar-benar layak untuk menggalas tugas yang diberikan.

Bakal Ketua Wanita PKR yang baru, Haniza Mohd Talha sebelum itu berkata, dalam tahun 2008, parti itu menjadi organisasi politik pertama yang menyeru kuota 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan.

"Ia telah menjadi penanda aras landskap politik Malaysia, tiada siapa berani membawa gerakan itu sebelum ini," tambahnya.

Beliau mengulangi, kuota itu seterusnya dilanjutkan kepada kepimpinan wanita di dalam pelbagai sektor di Persekutuan dan kerajaan negeri, ahli majlis tempatan dan sektor korporat.

"Kita akan terus melakukan perubahan terhadap wanita di Malaysia dengan cara bersuara, dan ini merupakan legasi yang akan disambung oleh barisan pimpinan-pimpinan seterusnya," kata Haniza.

Haliza telah diumumkan sebagai Ketua Wanita PKR yang baru, menggantikan Zuraida, selepas dia mengalahkan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dalam pemilihan parti yang baru sahaja tamat selepas berlangsung selama 9 minggu. — EdisiRakyat.com, 16 November 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post