Kerajaan jamin penuhi semua manifesto minta rakyat bersabar

KERAJAAN memberi jaminan akan memenuhi semua manifesto termasuk mengembalikan pendapatan cukai yang dikutip dari Sabah dan Sarawak.

Lim Guan Eng

Walau bagaimanpun jelas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ia akan mengambil masa untuk memenuhinya memandangkan tumpuan utama kerajaan pada masa ini adalah bagi memulihkan kedudukan kewangan negara.

"Kita harap rakyat boleh faham, dengan kedudukan fiskal yang amat mencabar ekoran daripada skandal-skandal 1MDB, dan skandal lain, kita kehilangan kemampuan untuk buat apa yang kita rasa patutnya perlu," katanya.

Mengenai peruntukan Persekutuan kepada Negeri di Bawah Bayu itu, Guan Eng menjelaskan peruntukan RM5.9 bilion diberi berbanding RM4.1 bilion.

Putrajaya dalam pada itu akan bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri untuk memastikan rakyat Sabah mendapat hak yang sepatutnya. — EdisiRakyat.com, 26 nov 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post