Cara untuk kurus yang berkesan tanpa senaman

SEMUA orang terutama mereka yang berbadan besar atau gemuk mahukan badan yang 'ideal' atau kurus, namun malas untuk bersenam kerana merasakan senaman itu sesuatu yang sangat memenatkan.

Anda tentu biasa dengar ungkapan "beauty is pain," dan "no pain, no gain," dua ungkapan ini menggambarkan betapa perlunya pengorbanan di dalam mendapatkan sesuatu termasuklah bentuk badan atau kecantikan yang diidam-idamkan.

Namun anda tidak perlu risau, sebenarnya masih ada jaan "singkat" untuk mencapai matlamat anda mendapatkan badan kurus tanpa perlu bersenam atau mengeluarkan modal yang besar.

Kaedahnya ialah dengan mengikut satu pepatah yang tidak kurang popular iaitu "makan siang seperti raja, makan malam seperti si miskin,".

Dalam pepatah ini terdapat dua bahagian, pertama, "makan siang seperti raja," atau dalam bahasa yang lebih mudah, pada waktu siang makanlah sebanyak mana pun yang anda mahu makan. Sebagai seorang raja, tentu sekali apa sahaja kemahuannya untuk makan akan dipenuhi oleh dayang-dayang dan tukang masak istana betul tak?

Manakala bahagian kedua pepatah ini pula menyebut, "makan malam seperti si miskin," maksudnya, pada waktu malam jadilah seperti orang miskin, jadilah seperti pengemis, yang tentu sekali sifat makannya berlawanan dengan sifat raja. Seringkali hanya dapat makan dengan jumlah yang sedikit, dan seringkali juga sebiji nasi pun tak masuk ke perut.

Secara ringkas, cara mudah dan berkesan untuk kurus tanpa senaman ialah, dengan makan seberapa banyak yang anda mahu di waktu siang, namun makan dengan sangat sedikit, atau tak perlu makan langsung pada waktu malam.

Dengan cara ini, anda bakal mendapatkan badan kurus dan cantik seperti yang diidam-idamkan. Anda boleh mendapat bentuk badan seperti seorang model, tanpa perlu senaman yang memenatkan, dan juga tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.

six packs

Walaupun cara ini kedengaran seperti sangat mudah, namun ia tetap tidak lari dari pepatah pertama dalam artikel ini, iaitu "beauty is pain," dan "no pain, no gain," kerana menahan nafsu makan ketika lapar di malam hari bukanlah sesuatu yang mudah dan tentu sekali perlukan pengorbanan yang besar. Lebih-lebih lagi jika anda seorang kaki rayau, yang sering keluar dengan kawan-kawan pada waktu malam, tambah lagi kawan-kawan anda memang kaki makan.

model

Namun jika anda berjaya mendisiplinkan diri mengikut pepatah "makan siang seperti raja, makan malam seperti si miskin," maka anda layak dan berhak untuk mendapat bentuk badan seperti seorang model. — EdisiRakyat.com, 9 November 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post