Buruh dipenjara kerana cabul wanita sedang duduk sebelah teman lelaki

SEORANG buruh binaan berusia 28 tahun dilaporkan mencabul seorang wanita meskipun ketika itu dia sedang duduk menunggu bas di sebelah teman lelakinya.

Buruh biadap itu dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh minggu.

Kaliyaperumal Rajkumar, seorang lelaki warganegara India, mengaku bersalah di mahkamah negeri atas tuduhan mencabul.

Mahkamah diberitahu pada tengah malam 24 September, mangsa yang berusia 22 tahun bersama dengan teman lelakinya telah pergi ke perhentian bas sementara di Woodland, Singapura untuk menunggu bas.

woodland

Mereka duduk di atas sebuah kerusi panjang, teman lelaki mangsa yang berusia 23 tahun duduk di sebelah kirinya. Tidak lama kemudian, Kaliyaperumal datang dan duduk di sebelah kanan mangsa.

Ketika mangsa sedang berbual-bual dengan teman lelakinya, dalam keadaan membelakangkan Kaliyaperumal, dia merasakan punggungnya di bahagian kanan digeletek selama sekurang-kurangnya 2 saat.

Mangsa serta merta berdiri dan ternampak ketika Kaliyaperumal sedang meraba punggungnya menggunakan jari tangan kiri.

Mangsa terus memberitahu teman lelakinya, sebelum teman lelakinya menjerit ke arah Kaliyaperumal, yang kemudiannya berjalan meninggalkan mereka.

Mangsa dan teman lelakinya kemudian meminta bantuan dari kakitangan SMRT, yang kemudian bertindak menahan Kaliyaperumal sebelum menelefon polis.

Tindakan Kaliyaperumal, turut dirakam oleh kamera CCTV. Dia mengaku mencabul, dengan alasan dia merasa ghairah terhadap mangsa.

Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Marvin Bay berkata, "Orang awam mesti dipelihara daripada jenayah cabul larut malam bukan sahaja di atas kenderaan pengangkutan awam, malah termasuk tempat-tempat awam seperti hentian bas.

Hukuman oleh itu mestilah cukup untuk mencegah golongan seperti ini dan menghalang mereka bertindak melulu seperti itu,"  — EdisiRakyat.com, 13 November 2018

Di bawah undang-undang jenayah Singapura, seseorang yang melakukan serangan atau paksaan jenayah untuk mencabul kehormatan seseorang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 2 tahun, denda, sebatan, atau mana-mana kombinasi hukuman-hukuman berkenaan alert-info

Post a Comment

Previous Post Next Post