DEWAN Rakyat diberitahu hari ini, rekos Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan seramai 57,191 orang penduduk tetap telah diterima jadi Warganegara Malaysia sejak tahun 2008 sehingga 30 September tahun ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Mohd Azis Jamman dilaporkan berkata, bagi setiap permohonan, JPN mengambil kira aspek kemanusiaan serta, sama ada pemohon memenuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan, termasuk berapa lama individu itu tinggal di negara ini.
Beliau menjawab Wong Tien Fatt (Ahli Parlimen PH Sandakan), yang mengemukakan soalan bagi mengetahui dasar bagaimana memohon boleh menukar kad pengenalan daripada merah kepada biru.
Kata Aziz, pemohon perlu mempunyai penguasaan yang baik di dalam bahasa Melayu, yang mana mereka akan diuji dalam tiga bentuk, iaitu percakapan, pembacaan dan penulisan. Mereka juga perlu melalui pemeriksaan keselamatan polis.
Menurutnya bagi pemohon yang berumur lebih 60 tahun namun gagal pemeriksaan keselamatan polis, masih tetap dipertimbangkan untuk kelayakan warganegara sekiranya kesalahan yang dilakukan sudah lebih 20 tahun lalu, dan bukanlah jenayah serius, profesional atau terancang.
Kata Azis, bagi pemohon yang telah menerima kelulusan, masih perlu menghadiri proses angkat sumpah JPN sebelum mereka boleh menerima dokumen kelayakan warganegara, selepas itu barulah mereka dibenarkan memohon kad pengenalan biru.
"Ada segelintir pemohon berfikir mereka telah diberikan taraf kewarganegaraan secara automatik selepas dapat surat kelulusan. Sebenarnya bukan begitu. Penting selepas menerima surat kelulusan, mereka masih perlu hadir untuk proses angkat sumpah JPN dan membayar yuran sebelum dikeluarkan dokumen kelayakan warganegara," katanya. — EdisiRakyat.com, 21 November 2018

Post a Comment