DATIN Seri Rosmah Mansor dan dua orang anak lelakinya dijangka akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis pada hari Jumaat.
Isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu pada awalnya diminta untuk menghadirkan diri ke Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah komersial Bukit Aman di Menara KPJ pada hari Khamis (25 Oktober) namun pertemuan itu telah ditangguhkan ke hari Jumaat jam 10 pagi.
Difahamkan Rosmah sepatutnya bertemu dengan penyiasat bahagian Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amlatfa) berhubung siasatan tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Pegawai penyiasat akan membuat siasatan lanjut kepadanya berhubung pelbagai isu berkaitan dengan 1MDB, termasuk barang barang yang dirampas dari premis-premis yang terkait dengan suaminya (Najib Razak).
"Ia adalah sebahagian daripada siasatan jabatan itu terhadap pelbagai aspek berkaitan dengan dana kekayaan," kata sumber yang dipetik oleh The Star pada hari rabu (24 Oktober).
Anak lelaki Rosmah, Norashman Najib dan Riza Aziz juga dijangka akan diambil keterangan berhubung siasatan yang sama.
Beberapa premis milik Najib telah diserbu oleh pihak polis sejak hujung bulan May lalu, di mana wang tunai, barang kemas dan pelbagai barangan mewah termasuk dokumen telah dirampas.
Di dalam salah satu serbuan, di Precint 10, Putrajaya yang dimiliki oleh Bahagian Pengurusan Harta, Jabatan Perdana Menteri telah diperiksa oleh jabatan Amlatfa.
Premis berkenaan terletak kira-kira 200m dari Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri dan serbuan itu dipercayai ada hubungan dengan siasatan terhadap 1MDB.
Sekumpulan anggota polis telah mengepung rumah berkenaan pada 11 Jun, dilaporkan untuk mencari dokumen berkaitan pengubahan wang haram dan penyelewengan dana.
Beberapa kotak dilihat telah dibawa keluar dari rumah berkenaan dan diletakkan di dalam sebuah van berwarna putih. — EdisiRakyat.com, 24 Oktober 2018

Post a Comment