Kanak-kanak 6 tahun mati didera kekasih ibu

SEKALI lagi kita digemparkan dengan kes kematian kanak-kanak melibatkan penderaan oleh kekasih ibu. Seorang kanak-kanak lelaki malang yang berusia enam tahun meninggal dunia Rabu lalu selepas disyaki didera sehingga menyebabkan tulang rusuknya patah dan pecah usus.


Terdahulu, Mohamad Rayyan Hidayat Hairil Khan dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Hospital Tuanku Fauziah (HTF) kerana muntah-muntah dan tidak sedarkan diri selasa lalu sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4 pagi keesokan harinya.


Ketua Polis Perlis, Datuk Azisman Alias, berkata laporan bedah siasat keatas mayat mangsa daripada pakar patologi Hospital Sultanah Bahiyah menunjukkan mangsa maut selepas dipercayai dipukul dengan objek tumpul pada bahagian badan.


"Mangsa mengalami kecederaan dalaman yang serius, selain usus pecah," katanya seperti yang dipetik dalam laporan berita harian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, hari ini.


Mohamad Rayyan Hidayat

Suspek dan ibu mangsa kini ditahan sejak jam 8 malam selepas wanita berusia 31 tahun itu dan teman lelakinya yang berumur 26 tahun datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar.


Menurut siasatan polis, teman lelaki ibunya yang merupakan suspek utama mempunyai 12 rekod jenayah lampau atas pelbagai kesalahan yang kebanyakannya membabitkan curi motosikal.


Kedua-dua suspek akan ditahan reman selama seminggu sehingga 26 April dan akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Sementara itu, bapa mangsa, Hairil Khan Azali, 32, yang masih bersedih berkata beliau mengetahui kejadian yang menimpa anaknya setelah dimaklumkan oleh anak saudaranya Rabu lalu.


Tambahnya lagi, dia hanya mengetahui Rayyan disyaki didera selepas laporan forensik dikeluarkan pada jam 8 malam tadi.


Menurutnya, kali terakhir beliau bertemu dengan anaknya kira-kira sebulan yang lalu dan anaknya berada dalam keadaan sihat.


Menceritakan hubungan beliau dan isteri, mereka berpisah sejak tiga tahun lalu dan sejak itu bekas isteri tinggal di rumah mertua bersama anaknya di Kampung Abi Tok Hashim. Beliau kerap datang ke rumah tersebut untuk bertemu anaknya.


Tetapi sejak sebulan lalu, beliau tidak dapat bertemu dengan anaknya selepas bekas isteri tidak lagi tinggal di rumah bapa mertua dan tinggal dengan kekasih.


"Saya tidak tahu mereka tinggal di mana kerana bekas mentua pun tidak diberikan alamat," katanya.


Jenazah Rayyan selamat dikebumikan tengah malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Abi Tok Hashim lewat malam tadi.— EdisiRakyat.com, 20 April 2018

1 Comments

  1. Mohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda tapi saya hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses sekarang. dulu Saya bekerja di Singapura, tapi saya tidak menyerah dengan keadaan saya, tetap ikhtiar. Dulu pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos. sempat saya putus asa,gaji pun selalu di kirim ke indonesia untuk biaya anak sekolah, sedangkan hutang banyak, kebetulan buka-buka internet mendapatkan nomor hp Mbah Suro +6282354640471 katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan Pesugihan Dana Ghaib. dengan keadaan susah jadi saya coba beranikan diri hubungi dan berkenalan dengan beliau Mbah Suro, Dan saya menceritakan keadaan saya. Beliau menyarankan untuk mengatasi masalah perekonomian saya dengan Pesugihan Dana Ghaib nya. Dan alhamdulillah benar-benar terbukti nyata hasil nya sekarang. terima kasih banyak ya allah atas semua rerjekimu ini. Beliau juga bisa bantu seperti Pemasangan nomer Togel,pelet, dll


    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post