Bekas polis dan 2 wanita dipenjara ratusan tahun dagangkan remaja perempuan

MAHKAMAH Jenayah Bangkok menjatuhkan hukuman penjara 320 tahun ke atas seorang bekas polis dan hukuman penjara ratusan tahun kepada dua orang wanita yang dipercayai ibu ayam kerana terlibat dalam pemerdagangan manusia 19 April lalu.


Kesemua tertuduh dilaporkan menawarkan khidmat seks sebagai 'pencuci mulut' kepada orang kenamaan dan tetamu kehormat melibatkan remaja perempuan.


Mahkamah memerintahkan bekas polis berpangkat Sarjan Mejar, Yutthacai Thongchart, dipenjarakan selama 320 tahun manakala kedua orang wanita itu, Piyawan Sukma, 27 dan Phiyatas Thiensuwan, 31 masing-masing dipenjara 167 tahun serta 176 tahun.


Menurut laporan ABC News, sorang pegawai tempatan dikatakan membuat pengakuan telah menganjurkan satu makan malam mewah untuk menghiburkan tetamu kehormat sebelum menawarkan mereka dengan gadis remaja untuk khidmat seks sebagai 'pencuci mulut'.


bekas polis dan ibu ayam

Amalan.tersebut berlanjutan hampir dua tahun sebelum akhirnya diketahui umum apabila seorang ibu membuat laporan anak remajanya dipaksa menyertai kumpulan itu.


Wanita itu kemudiannya mendedahkan kepada media selepas pihak polis gagal menemukan apa-apa bukti dan hasil siasatan dari laporan itu.


Susulan itu, beberapa orang remaja yang menjadi mangsa pelacuran diberi perlindungan oleh kerajaan dan dipindahkan ke wilayah lain.


Menurut laporan The Nation, seorang Gabenor, Mae Hong Son, Suebsak Iamwichan terpalit dengan skandal tersebut pada mulanya dipindahkan ke jawatan lain sebelum siasatan mendapati beliau tidak terlibat dan kembali menyandang jawatan asal.


Ia berikutan beberapa individu yang menyamar sebagai dirinya menyebabkan namanya menjadi 'panas'.


Straits Times pula melaporkan, seorang pekerja sosial, Thiphawan Kamonthammachot dipetik sebagai berkata," Seorang mangsa menceritakan bagaimana mereka dipaksa bertugas walaupun ketika mempunyai urusan lain, jika tidak mahu dicari oleh orang suruhan 'ibu ayam'.


Mangsa menyatakan bahawa perlu melayan pelanggan sehingga 10 kali seminggu terpaksa melayan guru di sekolahnya dengan bayaran 1,000 baht (Rm125) setiap kali.


Untuk mengenal remaja-remaja ini, ada mangsa yang dipaksa membuat tatu gambar burung hantu untuk pengenalan identiti kumpulan itu.— EdisiRakyat.com, 30 April 2018

1 Comments

  1. Dulu Saya bekerja di taoyuan hk, tapi saya sudah menyerah tinggal disana. Waktu itu mau pulang ke indo tapi gak dikasih gaji dari majikan. sempat saya putus asa. Dan ada temen saya kirim nomer nya mbah suro +6282354640471 tuk menolong saya melalui dana hibah nya. Biarlah orang pada bilang itu musrik tapi hanya tuhan yg tau. Mungkin itu salah satu jalan rejeki sy. Bisa jg di bantu melalui nomer togel. Ku doakan buat sahabat seperjuanganku semoga kalian bisa sukses amin...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post